REKABENTUK DALAMAN

REKA BENTUK DALAMAN

Pembinaan bangunan-bangunan tinggi serta tempat-tempat kediaman di negara ini semakin memberi tumpuan terhadap kecantikan reka bentuk dalaman selain reka bentuk luaran. Reka bentuk dalaman yang kemas, cantik dan menanik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah bangunan.

Biasanya sebagai ahli reka bentuk dalaman, anda terlibat dalam menyusun atur

ruangan dalam sesebuah rumah, pejabat, hotel, restoran, pusat membeli-belah, sekolah dan rumah kediaman. Selain itu, setiap reka bentuk yang dihasilkan perlu mengikut kos yang ditetapkan.

Tuan punya tempat kediaman, pejabat dan hotel yang tidak mempunyai kepakaran tetapi inginkan suasana dalaman yang menarik dan kemas akan menggunakan khidmat

profesional pereka bentuk dalaman. Mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan hasil reka bentuk dalaman bangunan yang diperlukan.

Ini menunjukkan bidang ini penting dan merupakan antara kerjaya yang berpotensi besar dan mempunyai prospek yang cukup baik. Bidang reka bentuk dalaman adalah satu bidang yang menarik untuk pelajar ikuti.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini

(ii) Seorang yang kreatif

(iii) Mempunyai idea baru dalam mereka bentuk dan mereka letak

(iv) Memiliki daya imaginasi yang baik

(v) Mahir dalam reka bentuk binaan

(vi) Perlu mempunyai pengetahuan matematik

(vii) Perlu mempunyai kepakaran dalam memilih agar menepati dan sepadan dengan reka

bentuk yang dicipta

(viii) Mampu mengendalikan komputer memandangkan keceriaan              kerja-kerja mereka

bentuk perlu menggunakan grafik komputer

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang profesional di bidang ini anda perlu sesuai              memiliki sekurang-

kurangnya sijil/diploma di bidang ini dari institusi pengajian tinggi atau kolej swasta

tempatan atau luar negara.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu di peringkat diploma. Tempoh pengajiannya ialah selama

tiga tahun. UiTM juga menawarkan kursus Sarjana Muda Seni Bina Dalaman. Tempoh pengajian antara dua hingga tiga tahun. Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Selain itu, terdapat beberapa kolej swasta tempatan yang menawarkan kursus ini di peringkat sijil, diploma dan ijazah yang boleh anda ikuti.

Semasa pengajian, pelajar akan mengikuti mata pelajaran berkaitan bidang mi termasuk sejarah seni lukis dan seni bina, reka bentuk dalaman; teori reka bentuk; grafik binaan; bahan dan binaan bangunan; seni reka perabot; landskap; sains persekitaran dan kemudahan bangunan serta spesifikasi.

  Selepas menamatkan pengajian di bidang ini, pelajar berpeluang berkhidmat di syarikat pengiklanan, pembinaan, perunding reka bentuk dalaman, berniaga sendiri atau menjadi tenaga pengajar.

 SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

 Untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di bidang ini khususnya UiTM, pelajar perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV. Lulus bahasa Melayu dan Inggeris serta sekurang-

kurangnya empat kepujian lain. Dengan kata lain, pelajar perlu mendapat kepujian dalam

salah satu mata pelajaran dan kumpulan matematik, kepujian dalam salah satu mata

pelajaran dan kumpulan sains atau sastera.

Selain itu, anda perlu lulus kepujian sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan

kumpulan lukisan, binaan, teknologi vokasional, pengajian kejuruteraan atau seni

perusahaan.

Di peringkat sanjana muda, calon penlu lulus STPM/setaraf dengan mendapat sekurang-

kurangnya dua prinsipal termasuk pengajian am dan dua subsidiari daripada mata

pelajaran matematik, ekonomi/sejarah/geografi, fizik/kimia/biologi dan lukisan.

Selain itu, calon-calon yang memilih bidang ini di peringkat diploma dan sarjana muda sebagai pilihan pertama, akan dipanggil untuk menduduki ujian lukisan sebelum ditawarkan mengikuti kunsus ini.

J03 – SIJIL TEKNOLOGI UPHOLSTERI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN
Tempoh : 24 Bulan ( sepenuh masa )
Dijalankan di IKM : Sg. Petani (Kedah) dan Lumut (Perak).
Kelayakan Masuk : SPM/SPMV, Lulus Bahasa Melayu
Kandungan Latihan :
Menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dan pelatih berpeluang melakukan latihan amali secara
berseorangan dan berkumpulan. Pengetahuan dan kemahiran yang diterapkan
sepanjang tempoh kursus merangkumi perkara-perkara berikut :
1. Membentuk rangka kayu berbagai jenis tempat duduk yang ringkas seperti kerusi,
sofa , pottee, kepala katil dan sebagainya.
2. Membuat kerja-kerja pengukuran, pemotongan dan jahitan pada bahan-bahan
penyalut seperti kanvas, PVC, kulit, nilon dan sebagainya.
3. Membuat kerja-kerja bantalan ( cushion filling ) pada rangka yang dibentuk serta
dikenderaan menggunakan sponge, spring, sabut dan sebagainya.
4. Membuat kerja-kerja pemasangan dan pengemasan kusyen.
5. Membaca pelan , menilai anggaran kos bahan-bahan dan projek.
6. Penggunaan Asas Komputer
7. Tatacara Penyeliaan
8. Merekabentuk dan melukis menggunakan computer
Kandungan Silibus :
Semester 1 : ● Basic Upholstery Workshop ● Basic Upholstery Technology
● Soft Furnishing 1 ● Technical Drawing ● Introduction To Computer
● Basic English Communication Skills 1 ● Entrepreneurship
● Mathematics 1 ● Islam Dan Konsep-Konsep Asas /Asas Etika Dan Nilai
● Co-Curriculum 1.
Semester 2 : ● Intermediate Upholstery Workshop ● Intermediate Upholstery Technology
● Soft Furnishing 2 ● Upholstery Machinery ● Upholstery Design
● CAD For Upholstery 1 ● Basic English Communication Skills 2
● Business Planning ● Mathematics 2
● Islam Sebagai Peradaban Dan Tamaddun
● Teori Etika Dan Konflik Moral ● Co-Curiculum 2.
Semester 3 : ● Advance Upholstery Workshop ● Advance Upholstery Technology
● Upholstery Design 2 ● CAD For Upholstery 2
● Supervisory Skills ● Basic English Communication Skills 3
● Entrepreneurial Project ● Institusi Islam / Masalah Dan Isu Moral
● Pengajian Malaysia
Semester 4 : ● Latihan Industri.
Prospek Kerjaya
Jawatan : Juruteknik, Supervisor Upholstery dan Interior Designer.
Industri / Sektor : Menjadi Usahawan
Peluang Melanjutkan Pelajaran : KKTM, Politeknik, IPTA, dan IPTS I05 – SIJIL TEKNOLOGI REKABENTUK & PEMBUATAN PERABOT
Tempoh : 24 Bulan ( sepenuh masa )
Dijalankan di IKM : Alor Setar (Kedah), Sg. Petani (Kedah), Lumut (Perak),
TSYA (Pekan,Pahang) dan Kuching (Sarawak).
Kelayakan Masuk : 1. SPM/SPMV, Lulus Bahasa Melayu
ATAU
2. Lepasan program Titian anjuran Latihan Kemahiran MARA.
Kandungan Latihan:
Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Teknologi Rekabentuk Dan
Pembuatan Perabot berasaskan kayu. Pelatih berpeluang melakukan latihan amali secara berseorangan dan
berkumpulan. Pembelajaran meliputi teknik dan kaedah pembuatan perabot dapur dan perabot bina setempat
(Kitchen Cabinet & Built-In cabinet) serta menggunakan alatan tangan dan mesin berasaskan kayu.
Pengetahuan yang diterapkan sepanjang tempoh kursus merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Merekabentuk dengan menggunakan komputer.
2. Menilai Projek
3. Penggunaan Asas Komputer
4. Kemahiran menggunakan mesin teknologi masa kini.
5. Membuat anggaran dan menilai kos.
6. Pengaturcaraan mesin CNC
7. Tatacara penyeliaan
8. Kerja-kerja baikpulih perabot berasaskan kayu
9. Kerja-kerja pembinaan perabot dapur dan perabot bina setempat
Kandungan Silibus :
Semester 1 : ●Furniture Construction 1 ● Furniture Material And Technology 1 ● Wood Machining 1
● Furniture Drawing ● Introduction To Computer
● Basic English Communication Skills 1 ● Entrepreneurship
● Mathematics 1 ● Islam Dan Konsep-Konsep Asas /Asas Etika Dan Nilai
● Co-Curiculum 1
Semester 2 : ● Furniture Construction 2 ●Furniture Material And Technology 2 ● Wood Machining 2
● Estimating & Costing ● Furniture Design 1 ● CAD Furniture 1
● Basic English Communication Skills 2 ● Business Planning ● Mathematics 2
● Islam Sebagai Peradaban Dan Tamaddun ● Teori Etika Dan Konflik Moral
● Co-Curiculum.
Semester 3 : ● Furniture Construction 3 ● Furniture Material And Technology 3
● Furniture Design 2 ● CNC Router Programming ● CAD Furniture 2
● Supervisory Skills ● Basic English Communication Skills 3
● Entrepreneurial Project ● Institusi Islam ● Masalah Dan Isu Moral
● Pengajian Malaysia
Semester 4 : ● Latihan Industri
Prospek Kerjaya
Jawatan : Juruteknik, Supervisor Pembuat Perabot, Pengajar Kemahiran,
CAD Person, Interior Designer, CNC Operator dan Penyelia
Kemasiapan Perabot
Industri / Sektor : Menjadi Usahawan
Peluang Melanjutkan Pelajaran : KKTM, Politeknik, IPTA, dan IPTS

___________________________________________________________________________

ARKIB : 28/12/2011

Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

HAMIDAH Osman (depan, dua dari kanan) melihat hasil rekaan pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, baru-baru ini.

SERI ISKANDAR 27 Dis. – Sebanyak 54 rekaan pelajar Diploma Seni Reka Dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar di sini, sedang dipamerkan sempena Pameran Reka Bentuk Perabot Pereka Muda (FurEX2011) yang diadakan sehingga 29 Februari depan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Perak, Dr. Salwa Ayob berkata, hasil rekaan kreatif pelajar terbabit boleh disaksikan di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur kampus berkenaan.

“Ini pertama kali kita mendedahkan hasil rekaan pelajar kita kepada umum kerana sebelum ini bimbang berlakunya peniruan idea melibatkan hak milik cipta.

“Ciri-ciri rekaan perabot yang dihasilkan haruslah bersifat pelbagai guna selain menerapkan unsur reka bentuk kontemporari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian pameran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman.

Pameran tersebut yang antara lain diharapkan menjadi platform penghubung kepada para ahli akademik dan industri itu turut dihadiri Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Zainab Mohamed.

Sementara itu, seorang pelajar tahun akhir jurusan tersebut, Azuarniza Awang berkata, dia mengaplikasikan konsep tepak sireh dalam rekaan perabotnya yang diukir dengan motif bunga.

Katanya, konsep tersebut dipilih bagi menyerlahkan simbol ketuanan dan adat Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“Fungsi utamanya adalah sebagai meja kopi di ruang tamu. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan di majlis-majlis korporat yang berkonsepkan tradisional,” katanya.

____________________________________________________________________________

Gaya 2012

Oleh Hamidon Abdullah (Pensyarah Kanan Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)
bminggu@bharian.com.my
2012/01/08

Rancang dekor ikut naluri, keperluan bukan kerana trendRASANYA belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca dihormati. Semoga tahun ini memberi harapan dan semangat baru bagi semua berusaha mencapai azam yang belum tertunai.Sempena lebaran baru, saya ingin berkongsi mengenai aliran gaya serta reka bentuk yang boleh diikuti sepanjang tahun ini. Seperti diketahui, setiap keluarga mempunyai gaya hidup, keperluan serta bajet tersendiri. Ini sama seperti kediaman yang mempunyai unit terancang direka bentuk serta dihias mengikut cita rasa individu. Maka, pilihan gaya sewajarnya dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa perkara.Sebaik pemilik rumah melangkah ke rumah baru, mereka akan cuba menonjolkan gaya penataan berbeza dengan rumah di kawasan kejiranannya – baik di bahagian luar mahupun dalam. Ini semestinya membabitkan perancangan perabot, warna serta perhiasan.Menghias rumah bukan lagi satu bebanan kerana boleh dilakukan dengan merujuk majalah, menonton program televisyen mahupun berkongsi pendapat dengan rakan. Namun, adakah ia cara terbaik sedangkan kita memerlukan persekitaran ruang kediaman yang selesa lagi menggambarkan cita rasa keluarga?Apa yang cuba dijelaskan di sini ialah untuk merancang kediaman selesa lagi kondusif, kita tidak sepatutnya terlalu terikut-ikut dengan tren sehingga mengabaikan keperluan dan kehendak peribadi.Suasana kediaman sihat, ceria dan kondusif sebenarnya boleh dirasai sendiri penghuninya apabila berupaya menikmati keseronokan serta keselesaan sebaik melangkah masuk kediaman, bukan ditentukan oleh jurubina, pereka hiasan dalaman mahupun ejen hartanah.

Hakikatnya, rumah selesa menggabungkan kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan semangat. Ia adalah tempat untuk berehat, melontarkan segala tekanan serta kebimbangan, menggambarkan personaliti juga ruang persendirian yang diperlukan bagi melindungi diri dari dunia luar.

Kediaman seharusnya mempunyai ruang kondusif dan persekitaran kreatif bagi melakukan segala aktiviti seperti memasak, berkebun dan pelbagai hobi lagi.

Bagi yang mampu, boleh mengupah pereka dalaman bagi khidmat nasihat serta cadangan keperluan reka bentuk rumah. Namun, individu yang tidak mempunyai bajet, pasti menghadapi sedikit masalah bagi mendapatkan tata hias diingini.

Biar apa sekalipun, beberapa perkara penting perlu diambil kira dalam merancang gaya kediaman iaitu:

Lihat keperluan

Jangan buat sesuatu pengubahsuaian secara terburu-buru. Sebaliknya, kenal pasti dan fahami dulu kawasan sekeliling selain menilai keperluan sendiri. Jika sumber kewangan mencukupi, lakukan pengubahsuaian sebelum masuk rumah kerana dijamin tidak mengganggu rutin harian.

Bagi yang baru berpindah dan tidak mempunyai bajet, tangguhkan dulu pengubahsuaian sebaliknya perhatikan perkembangan serta perubahan yang mungkin berlaku di kawasan perumahan anda.

Fungsi gaya dan kecantikan

Reka bentuk yang baik dihasilkan menerusi fungsi dan keselesaan. Ia melalui perancangan teliti membabitkan kos dan keseluruhan keperluan. Kediaman selesa bukan ditentukan melalui bahan yang mahal tetapi kesempurnaan cita rasa, gaya, pilihan tepat selain berfungsi.

Kenal pasti keperluan dan kepentingan

Ada pelbagai pilihan gaya kediaman. Namun, pilih yang mampu menggambarkan personaliti anda, misalnya mengambil kira umur juga taraf hidup. Lazimnya, golongan umur 20-an hingga 30-an suka memilih gaya ringkas dan minimal supaya mudah dibersih serta disenggarakan.

Sementara, mereka di usia pertengahan, mempunyai keluarga aktif dan besar memerlukan lebih daripada tiga bilik serta ruang lain untuk aktiviti tertentu. Jika berlaku perubahan, kegunaan ruang berkenaan akan diubah sehingga menepati fungsi diingini.

Justeru, kenal pasti ruang serta kepentingan ahli keluarga berserta cara hidup supaya anda tidak perlu lagi mencari rumah baru atau membuat pengubahsuaian jika timbul keperluan lain.

Aplikasi warna dan persekitaran hijau

Pemilihan serta aplikasi warna patut mengikut tren bagi melahirkan kediaman bergaya dan kondusif. Warna memainkan peranan penting dalam membangkitkan emosi penghuninya.

Gabungan elemen sampingan seperti perabot, langsir dan lain-lain aksesori membantu dan menambah kesempurnaan warna juga keceriaan ruang. Persekitaran selesa dengan reka bentuk hijau membantu melengkapi pilihan gaya.

Aplikasi persekitaran semula jadi dan hijau seperti penggunaan udara dan cahaya matahari membantu mengurangkan kos tenaga serta kesan pencemaran. Justeru, disarankan menyediakan landskap menarik di laman manakala dalam rumah menyelitkan tumbuhan hijau. Ia melahirkan suasana tenang, bau harum dan bunyi mendamaikan deruan air kolam.

Pemilihan gaya dan reka bentuk penting kerana menjadikan kediaman selesa serta berfungsi. Namun, perlu ingat, kesempurnaan reka bentuk tidak sepenuhnya menjanjikan kegembiraan. Sebaliknya, perancangan hiasan dalaman sempurna lebih penting kerana membantu menyelesaikan serta memenuhi keperluan harian.

Luas kediaman diiringi hiasan dalaman mewah bukan penentu keselesaan. Sebaliknya, biarlah menetap di kediaman sederhana, asalkan perancangan dibuat teliti selain dapat berfungsi dengan sempurna.

Sep06

Nice Living Room Home Interior Decorations

Filed Under (Living Room) by Interior Designer on 06-09-2010

Nice Living Room Home Interior Decorations601 Nice Living Room Home Interior Decorations

» Nice Stripe Pink Sofa Motifs

Nice Stripe Pink Sofa Motifs

Nice Stripe Pink Sofa Motifs

Baroque Pink Living Room

Baroque Pink Living Room

Chic Pink Living Room

Chic Pink Living Room

Gorgeous Pink Sofas

Gorgeous Pink Sofas

Luxury Pink Interior

Luxury Pink Interior

Pink Bathrooms

Pink Bathrooms

Pink Bedroom

Pink Bedroom

Pink Lighting in Living Room Area

Pink Lighting in Living Room Area

Pink Public Spaces Interior Design

Pink Public Spaces Interior Design

Pink Wall Japanese Bathroom

Pink Wall Japanese Bathroom

Pink Wall Paint and Curtain Interior Design

Pink Wall Paint and Curtain Interior Design

Pink Wall Paints

Pink Wall Paints

Romantic Pink Restaurant

Romantic Pink Restaurant

Sweet Pink Restaurant Interior Design

Sweet Pink Restaurant Interior Design

Ultra modern stainless steel kitchen idea with red accentUltra modern stainless steel kitchen idea with red accent

Modern Stainless Steel Kitchen Design 2Modern Stainless Steel Kitchen Design 2

Modern Stainless Steel Kitchen Design 3Modern Stainless Steel Kitchen Design 3

Modern Stainless Steel Kitchen IdeaModern Stainless Steel Kitchen Idea

Ultra modern stainless steel kitchen island designUltra modern stainless steel kitchen island design

Two Beds in Very Small Kids Bedroom Design Ideas By Sergi Mengot

Privet House – Interior Design

Private House Lake Hollywood 6. This beautiful home equity rates with direct view on private house, lake hollywood combines glass and stone in an elegant and luxurious finish.

Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home
Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury homeModern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home

The spaces are opened and the shapes rectangular for the most part. The fascinating floating living room has completely retractable windows inviting the nature within through the carefully designed terrace.

Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home
Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury homeModern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home
Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury homeModern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home
Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury homeModern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home
Modern Interior Design, hause design, home decoration, luxury homeModern Interior Design, hause design, home decoration, luxury home

Nice Looking Wall Design Home Interior Ideas

Nice Looking Wall Design Home Interior Ideas

Modern Living Room Design in Kuala Lumpur

Modern Living Room Design in Kuala Lumpur

This Modern house is located in Malaysia’s capital city was rebuilt with a saving of some native elements The designer used a lot of steel and wood and stone for the walls All the interiors were made in neutral tones: dark or light grey, white, beige, natural wood and even black cabinets in t… read more on

Modern Malaysia Interior Design

Modern Kitchen Designin Kuala Lumpur
Modern Interior House Design in Kuala Lumpur
Modern Interior Design in Kuala Lumpur
Modern house Design In Kuala Lumpur
Modern Calm House Garden in Singapore
Modern Bedroom design in Kuala lumpur
12 Dec 2011

Modern Contemporary Interior Design on 2 1/2 Storey House in Kepong, Malaysia by Living Space Creative Design

Designer: LIVING SPACE DESIGNER TEAM

Residential or Commercial Project: RESIDENTIAL – 2.5 STOREY
Built Size (sqft): 5,000 sqff
Design Concept: Modern Contemporary
Completion Year: MARCH 2011
Location: KEPONG – BAYU SRI BINTANG
Contributed by Living Space Creative Design. Address: 57-2, JLN PJU 5/11,Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Phone: +6(012) 518 9822

28 Responses to REKABENTUK DALAMAN

  1. zack ⋅

    Assalamualaikum.

    Saya bdk lepasan SPM 2011 dan saya ambil subjek LK dulu. Keputusan pun Alhamdulillah dan saya mahir dlm subjek itu. Sekarang saya smbung study kat Form 6 sebab tak dpt mana mana IPTA dan saya amik course Sastera. Ingat nanti lepas habis STPM saya nak sambung interior design kat UITM sbb minat gila haha tapi nak tanya sikit, syarat kelayakan nak masuk course ni perlukan subjek Seni Visual ke dalam STPM? Saya tengah confius sama ada perlu ambil ke tidak subjek Seni Visual ni. -zack-

    • Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU/ Tempoh Pengajian /
      Syarat Am Universit
      Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan
      Kepujian
      AP227 / EH10
      8 Semester
      Program bertemu duga
      Syarat Am Universiti
      • Lulus SPM/ setaraf dengan baik.
      • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di
      peringkat SPM/ setaraf.
      • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C
      (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan
      sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
      • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/
      Asasi UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00.
      • Lulus Diploma dari IPT yang diiktiraf oleh
      Kerajaan Malaysia.
      • Malaysian University English Test (MUET)
      Band 1

  2. wawa mohd ⋅

    sya pon plajar lpsan spm 2011 dn tak dpt mne2 ipta.. alhamdulillah dpt pnggilan temuduga dkt uitm kos reka bentuk dalaman .. adew problem sket sbb ta penah pg mne2 temuduga.. soalan lazim biase die tnya ape erk?

    • wah…alhamdullilah…bagus…hmmm…senang jer.interview nyer…mula-mula akan buat sketching lukisan dulu…akan diberi kertas A3 size dan ade objek dihadapan dan harus melukisnya menggunakan pensel. lukis aje follow objek tu….janji nampak proportion,size logik,ade shadow yang betul,tak payah beria-ria…simple jer pun ok….then lepas tu akan di temuduga dihadapan 3 orang lekturer…dia akan tanya pasal detail diri,dan minat tak masuk course itu…but…you have to answer in English. simple jer..dont wory…jangan GABRA…

  3. fairus ⋅

    perlu bawak folio ap2 takk?kalau x bawk ap2 pun tk ap kann?

  4. lieya ⋅

    hi, adik sya pon plajar lpsan spm 2011 dn tak dpt mne2 ipta.. alhamdulillah dia baru dpt pnggilan temuduga dkt uitm kos reka bentuk dalaman .. but problem sket sbb ta penah pg mne2 temuduga n dia lemah skit in B.I, .. hrp info ni dpt bntu dia n sma2 kita doakan smoga dia berjaya ekk….thanks (^_^)

  5. Kalau nak jadi interior designer kena ambk jusuran ape mase mntk kolej voka.?

  6. Terima kasih sebab buat artikel ni. Saya sedang menduduki spm. Dulu saya ingat nak jadi chef sebab saya menang pertandingan memasak tempat ke 2 dekat kdu college. so kena ambik kulinari la kan. Tapi lepas ada satu peristiwa ni, baru saya sedar saya lebih ke arah mana. Saya mudah tertarik dengan rumah2 yg cantik. Rumah saya sendiri pun saya yg susun atur lebih dr ibu. Saya minat melukis dan mereka. Ibu saya cakap ambek khursus interior design. Saya terus google dan jumpa laman ni. Terima kasih bagi panduan kepada saya. Doa kan kejayaan saya!

  7. iera ⋅

    assalammualaikum
    saya telah memasukki kelas aliran sains tulen.bolehkah saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini

  8. yani ⋅

    Assalamualaikum..saya ingin menceburi bidang senibina hiasan dalaman atau lansdkap. adakah peluang untuk melanjutkan pengajian jika pernah mengambil subjek seni lukis semasa spm aliran sastera tetapi memiliki diploma farmasi. bolehkah saya skip diploma dan mengambil pjj ijazah senibina lanskap atau hiasan dalaman.?

  9. saya lepasan diploma rekabentuk dalaman kolej kemahiran tinggi mara rembau..nk smbng untuk degree…nk smbng degree p xtau nk smbng kt mana..

  10. jade7pm ⋅

    assalammualaikum,,,,,,,
    saya nak tanya, saya ni memang minat sangat dalam menyusun atur posisi barang–barang di dalam rumah. tapi masalahnya saya tak minat melukis bah kan saya juga tidak pandai melukis. adakah wajib untuk pandai melukis untuk ambik kursus nie di universiti atau semasa bekerja dalam bidang ni?

  11. lisa sara ⋅

    salam , saya tak amek seni time kat skola sbb mmg takde seni kat situ . so , bole ke amek bidang ni ? n perlu ade addmath ke ?

  12. Naemy amy ⋅

    salam,saya stdnt spm 2012..saya tak amek seni msa sklh dlu..saya amek alran sains tulen..saya minat melukis dan mereka ttp cnfuse bleh ke tak flow kos ni tanpa pnglaman..dan bagaimana pembelajarannya?adakah rumit?

  13. fyna.hyshamm'son ⋅

    sy bdk stpm. then nk continue stdy for interior design ni. i amik psv mse spm,then skrng pn still amik. kalau kt uitm sarawak ade ker dtawarkan prgram ni? or semue uitm twr program ni?

  14. salam…mmm, sya mmg dh lma mnat course ny… tpi nk kna interview plak dh… xpa2,dmi mnat ok kowt… taon ny i’m going to spm… tpi sya ambik aliran sn tulen fzik,kmia,ad.mat n bio.. bleyh ke ambik? sya tggal kt penang,uitm mna yg ada course interior designer yg dkat eak? mntak reply.. tima kseh :)

  15. nazz ⋅

    dekat mne tempat tu..

  16. nasharul ⋅

    salam..sy ada apply course ID nie,,doa2kn sy berjaya di uitm machang kelantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s