HATI HATI PENIPUAN KEMASUKKAN KE UNIVERSITI

Hati-hati Penipuan Kemasukan Ke UiTM

SHAH ALAM: Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.
“Sejak 10 April lalu kami melalui BPP telah menerima aduan daripada orang awam mengenai pihak yang menghubungi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menawarkan khidmat bagi menguruskan kemasukan mereka ke UiTM dengan mengenakan sejumlah bayaran yang ditetapkan.
“UiTM tidak pernah lantik mana-mana pihak dan semua urusan kemasukan dibuat secara telus, melalui prosedur yang ditetapkan di bawah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.
Pada 14 April lalu, satu laporan polis telah dibuat melalui Ketua Bahagian BPP, Mazlan Salleh berhubung sindiket penipuan yang menggunakan nama universiti itu untuk mengaut keuntungan.
Sahol berkata, laporan polis itu dibuat hasil daripada maklumat orang ramai kepada BPP yang mengadu tentang kewujudan sindiket tersebut.
Menurutnya, sindiket berkenaan yang didalangi oleh tiga wanita dan seorang lelaki yang juga ketua sindiket tersebut telah meminta bayaran sebanyak RM2,160 hingga RM2,700 untuk urusan kemasukan ke pusat pengajian tinggi berkenaan.
Tambahnya lagi, suspek dipercayai berpangkalan di Seremban dengan menggunakan nama East West College telah berjaya memperdayakan 10 mangsa dan berjanji akan menempatkan mereka di UiTM cawangan Seksyen 17, Shah Alam dan UiTM cawangan Melaka.
Bagaimanapun hasil aduan orang ramai, UiTM berjaya mengumpul maklumat mengenai ahli sindiket itu seperti nama, nombor telefon dan alamat pejabat mereka, tambah beliau.
“Sindiket tersebut turut mengarahkan semua 10 orang mangsa supaya mendaftarkan diri ke UiTM pada 22 April ini wahal kemasukan pelajar baru UiTM hanya akan bermula pada Mei ini.
“Mereka sangat licik dan pandai memperdayakan orang ramai. Pegawai kami telah menyamar sebagai ibu bapa yang berminat dan ternyata mereka telah mendalami semua maklumat mengenai UiTM.
“Jawapan yang diberikan cukup meyakinkan dan tidak hairan jika ada mangsa yang terpedaya dengan helah mereka,” katanya.
 ____________________________________________________________________________
Baru-baru ini, lepasan SPM bertemu saya dan mengunjukkan surat tawaran sindiket yang dimaksudkan. Menggunakan kepala surat UTM, mereka tanpa ragu-ragu menyatakan tempat yang ditawarkan adalah sah. Mujur juga pelajar berkenaan berjumpa kami di sekolah. Setelah dinasihatkan, mereka memahami tipu helah tersebut. Tetapi ada juga pelajar yang mendaftar. Akibatnya, mereka dikehendaki membayar deposit RM500. Modus operandinya mungkin sama dengan sindiket yang didedahkan baru-baru ini.

2 responses to “HATI HATI PENIPUAN KEMASUKKAN KE UNIVERSITI

  1. shaa ⋅

    terima kasih dgn info ini .. saya hampir ditipu utk kemasukan ke IPTA dan ditwarkan dgn tawaran yg menarik .. saya menerima surat tawaran sedangkan saya tidak pernah memohon apa2 u sebelum ini .. di surat itu menyatakan syarat kedatangan iaitu wang pemprosesan RM500 (wajib semasa tarikh temuduga) .. ternyata tipu sedangkan mana ada byr apa2. nasib baik saya tergerak hati utk membuka page ini .. terima kasih byk2 ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s