PENGALAMAN INTERVIEW COURSE ARCHITECTURE

INTERVIEW DEGREE SENIBINA UITM

Mohammad Fadily bin Zakaria a.k.a. Fazid Zac 3  October 1994 (19 tahun) Gerik, Perak Sarjana Muda Sains (Senibina) UiTM Perak Kampus Seri Iskandar, Perak
Haa~ Korang musti tak sabarkan nak baca pengalaman Paly dengan temuduga Sarjana Muda Sains (Senibina) kan? Untuk pengetahuan korang semua, Paly pegi temuduga tu semalam hari Ahad bertarikh 15 April 2012 di UiTM Seri Iskandar, Perak.Nak cerita serba sedikit sebelum kita ke agenda utama, ye. Paly pergi temuduga ni dengan Yeop. Sebenarnya kami tumpang rumah mak sedara Yeop kat Kampung Gajah. Oleh sebab interview tu start pukul 8.30 pagi, kami kena bersiap sedia lebih awal.Paly nak teruskan ke ujian melukis dulu. Ujian melukis ni dibuat di sebuah bilik mesyuarat di bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Ujian ni diambil secara beramai2. Di tengah2 bilik di atas meja, ada beberapa bentuk macam sfera, kuboid dan piramid. Kiranya macam gabungan laa~ setiap calon kena melukis gabungan tersebut di atas kertas A3 yang akan diorang sediakan. Masa diberi selama 1 jam. Syarat dia kena guna pensel 2B dan pemadam sahaja. Maka, setiap calon akan melukis objek2 tu di sudut pandangan yang berbeza. Pada masa yang sama, kita kena isi borang yang dilampirkan bersama dengan kertas lukisan A3 tadi. Sesudah ujian melukis, masing2 akan dibahagikan kepada course2 yang mereka dapat untuk sesi temuduga. Contohnya, macam Paly punya Sarjana Muda Sains (Senibina), yang lain macam Diploma Senibina Lanskap, etc. Setiap course ada 2 bilik temuduga supaya cepat sikit habis. Kalau tak, penat la menunggu sampai tengah hari.Ada lecturer yang bagi sikit tips masa temuduga tu. Beliau kata kena speaking in English sebab boleh dapat bonus sikit. Hehe~ Better laa~ Tapi, ada gak panel yang tanya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Paly dapat yang memang fully in English! Waah! Habis la aku~ Mungkin sebab first2 diorang tanya dalam English, Paly pun jawab la dalam English gak! Pastu, dia terus tanya dalam English. Nak buat camne? Ramai geng Paly kata Paly nie terror dalam English! Ye la~ Mana ada. Paly bukan terror apa pun cuma English accent tu yang dah macam pure English people punya. Itu yang lebihnya. Haha! Btw, panel terdiri daripada 2 atau 3 orang. Paly dapat 2 orang. Huhu~ 2 orang panel tu, bagi Paly, agak strict sikit. Tambah pula, interview nie first time bagi Paly; untuk yang real punya interview. First time diorang tanya soalan, Paly jawab dengan nervous. Memang diorang perasan Paly tengah nervous. So, mereka suruh Paly tarik nafas dalam2 dulu. Kendian, bila dah relax sikit, baru cakap. Tapi, sama je~ Haha! Agak berterabur jugak la speaking Paly nie! Haha!   OK, berkenaan dengan soalan yang dia tanya. Soalan yang pertama, ceritakan tentang diri anda. Contohnya, nama, nama bapak, nama mak, ayah kerja apa, berapa gajinya, mak pulak keje apa, skolah mana. Cerita je pasal diri korang. Tak kesah~ Pastu, soalan kedua, siapa yang beri inspirasi untuk belajar architecture nie? Soalan ketiga, kenapa anda layak untuk ambil course nie? Soalan keempat, bangunan mana yang terkenal yang kita tahu, selain dari Menara Kembar Petronas, sebab ramai sangat yang selalu guna bangunan tu. Contoh la Paly bagi, Masjid Kristal, Masjid Biru, Masjid Besi. Soalan nie Paly kantoi sebab tak carik bangunan2 lain kat Malaysia. Paly cuma tau Masjid Faisal kat Pakistan tu. Tu pun Paly pernah buat replika masjid tu time skolah. Haha! Oh ya! Terlupa pulak. Soalan yang terselit kat soalan2 kat atas nie, apakah maksud architect dan architecture? Lepas diorang bagi soalan, diorang bagi saranan pulak kat Paly. Contoh la ayat salah sorang daripada mereka; lebih kurang la~ :-

Your result is ok and your English can be accept. But, your drawing is quite unusual. I think you should take engineering course with this excellent result. Do you really want to take this architecture course? If you really want this architecture course, you should take an art class. Try to develop your drawing skills. Take it as a homework for you.

Lepas tu, Paly pun beransur pulang. Tapi, tak balik lagi laa sebab nak tunggu Yeop punya turn pulak. Lambat jugak la~ Second last baru panggil nama dia. Hmm~ Paly pulak asyik teringat akan kata2 panel tadi. Muhasabah diri seketika.Yup! Itu je yang Paly cakap. Tak tau nak cakap apa lagi. ___________________________________________________________________

Friday, May 3, 2013

[A0G1jn-CUAIniq3+%281%29.jpg]

muhammad’uwais

Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina (UiTM)

bayangkan tengah final exam matrikulasi, aku check result, ALHAMDULILLAH aku dapat temuduga untuk Sarjana Muda Senibina UiTM, apa lagi tengah final tak final, aku rebut peluang ni, dah memang dari dulu lagi aku nak course Sarjana Muda UiTM ni, dua kawan aku dah terlepas dah masuk awal dari aku, masa aku menulis ni, mereka2 sudah dua semester di hadapan aku, sedangkan aku masih bertungkus-lumus menghabiskan program matrikulasi, pada asalnya tahun lepas aku memohon jugak untuk course ni, tapi bukan rezeki nak buat macam mana kan, Allah ada aturan dia, then untuk intake bulan disember aku terlepas, tapi alhamdulillah untuk kali ini aku berjaya, untuk pengetahuan semua, aku memohon course ni menggunakan result SPM aku, kenapa terjadi begini? disebabkan aku memohon program diploma juga selain program degree, means as backup sebab aku tak yakin dengan result PSPM matrikulasi aku akan melayyakan aku ke universiti tempatan so aku ambil keputusan sebelum 15 April lepas untuk mengisi UPU bagi mengambilan Pelajar Sarjana Muda dan juga Diploma bagi lepasan SPM/Setaraf sebagai backup kepada UPU Degree. Sebenarnya untuk pengetahuan semua tak salah pun untuk memohon kedua-duanya, and alhamdulillah aku dapat temuduga untuk program degree ni, orang cakap kalau dah dapat temuduga sebelah kaki dah dalam tempat tu, cuma nak bawa sebelah kaki jer lagi. Aku ceritakan pengalamanku bersamanya diselitkan tips-tips untuk yang akan melalui temuduga yang lebih kurang macam aku.
Hari TEMUDUGA
tarikh temuduga ialah 27 April 2013, tempat temuduga yang aku dapat ialah di UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh.. alhamdulillah 10 minit jer dari rumah aku, so tak susah sangatlah walaupun even tengah final exam, bayangkan tinggal lagi dua paper Physics dan Kimia. Berbekalkan sijil-sijil SPM dan folio seni sewaktu SPM aku pergi ke temuduga, aku sangkakan ramai orang seperti yang kawan2 aku ceritakan tapi jangkaan aku meleset sebab masa hari aku temuduga tak sampai 40 orang pun, dalam 30 macam tu jer, and untuk course aku dalam 14 orang jer, itupun lelaki 4, selebihnya perempuan (*terasa kepupusan lelaki di situ, sadis). Dinasihatkan kepada semua calon temuduga untuk hadir awal untuk mengelakkan masalah-masalah. Rata-rata yang hadir ke temuduga hari itu semuanya lepasan SPM 2012, hanya aku lepasan SPM 2011.
Temuduga bemula…
temuduga terbahagi kepada dua:
1) Ujian Melukis (Drawing test)
2) Temuduga (Walk-in interview)
Ujian Melukis
untuk ujian melukis, anda diperuntukkan masa selama satu jam untuk menyiapkan lukisan. Lukisan yang perlu dilukis mudah sahaja, ketika temuduga aku ini aku perlu melukis bentuk-bentuk geometri yang disusun di tengah-tengah bilik melalui persepktif aku, sebab apa melalui perspektif masing-masing? supaya tak ada sesiapa pun boleh meniru sebab perspektif setiap orang adalah lain. Untuk pengetahuan semua, anda akan dikumpulkan dalam satu bilik yang diletakkan bentuk-bentuk geometri yang untuk dilukis di tengah bilik dan hanya dibenarkan menggunakan pensil 2B atau BB sahaja dan pemadam, pembaris adalah haram digunakan sebab dia nak tengok semua free hand, sebelum ujian lukisan anda perlu mengisi dahulu borang maklumat diri. Lukisan yang anda lukis sebaiknya memenuhi seluruh A3 drawing paper, dan mulakan lukisan dengan melukis kawasan luar dahulu, kemudian baru lukis setiap bentuk lukisan tu, kalau rajin dan berkemahiran lepas tuh buatlah bayang2 penataan cahaya, dan dinasihatkan untuk meninggalkan jer construction line, barulah nampak teknikal sikit, hehehe.
Temuduga 
aku merupakan orang ke-5 ditemuduga, sebelum aku ada seorang budak lelaki, dan selepas aku juga budak lelaki, sebelum masuk temuduga seriously kami tak bincang apa2 langsung fasal Senibina, sembang fasal benda tak ada kaitan langsung. Then tiba giliran aku. Aku masuk and bersalaman dengan penemuduga. Hanya seorang penemuduga untuk program aku. Lelaki. Dah selesai semua urusan aku minta untuk duduk.
Untuk pengetahuan semua, temuduga ini adalah dalam bahasa Inggeris, speaking okay, tapi ada jer aku dengar kawan2 aku berbahasa melayu jer, semua bergantung kepada penemuduga lah, tapi sebaiknya speaking lah, untuk menunjukkan lebih keyakinan kepada penemuduga bahawa kita berkeyakinan.
Untuk temuduga aku, ada beberapa soalan yang ditanya.
1) Introduce yourself
masa ini anda kenalkan diri anda, sekolah mana, anak keberapa dalam keluarga dan seterus-seterusnya, harus diingat bahawa penemuduga itu bukan menemuduga kita seorang jer, so janganlah “My name is ….. my father name…. my mother name….” dia pun dah boleh hafal skrip setiap calon yang masuk tuh, apa kata jadikan sesi mukadimah itu lebih menarik untuk menarik perhatian penemuduga, paling penting anda kena UP-kan diri sendiri waktu, ceritakan segala Idea, Jawatan, Projek yang anda pernah urus masa di zaman sekolah dahulu, buatkan penemuduga tertarik dengan anda untuk terus mendengar apa yang akan anda perkatakan.
2) Why do you choose architecture?
haa, yang ini juga part paling kritikal, jawab dengan penuh yakin dan idea yang futuristik. Macam aku aku jawab “..architecture is a creative profesion, you can make a design and realised it in your real life, As time progress, I was intriguated by how building affect our life, behaviour, mood and also future. Beside that most of our life are spend in building, so I have a vision to make a better live through my design. As we know, building consume CO2 consumption to environment, so I have the vision to make a better improvement on this problem through my design…” lebih kurang macam tu lah ayat aku haha tak adalah futuristik mana, tapi yang penting keyakinan tuh.
3) What is the prospect in architect?
waktu ni aku gelabah sebab aku tak buat research pun fasal ini, tapi nasib baiklah aku ada tanya-tanya jugak Apit, coach rugby aku as dia juga arkitek, so banyaklah jugak ilmu yang aku ada so aku ceritalah yang arkitek ini ada berapa jenis semua, ada arkitek yang duduk di site, designer arkitek, residential arkitek semua, dengan penuh keyakinan aku cerita. Sekali dah habis cerita dia betulkan aku arkitek macam ni macam ni, hahaha nak tergelak aku dalam bilik interview, punya aku semangat cerita tadi, rupanya ada sedikit salah faham, haha, nasiblah janji aku berkeyakinan cerita.
4) What is your favourite architect?
yang ini koranglah bolehlah buat research kat Mr. Google, bersepah maklumat. Macam aku aku jawab Frank Lloyd Wright untuk international, untuk local aku jawab Ken Yeang and Hijas Kasturi. Penting untuk tahu latar belakang sedikit2 fasal mereka ini, bangunan yang mereka bina, gaya binaan and so on, search jer kat google, berlonggok maklumat. Kalau boleh ambil lah orang lama.
then dia tanya aku aku pilih course ni first choice ke? kalau andai kata aku dipilih untuk program senibina ini, archi student akan guna banyak duit untuk beli barang buku semua, kalau aku menghadapi masalah kewangan macam mana aku nak uruskan, dalam hal ini tak ada salah silap, dia nak tengok cara kita menyelesaikan masalah jer. then dia tanya if saya nak hantar awak ke UiTM Sri Iskandar, awak sanggup sebab masuk jauh ke pedalaman jugak.. kat sini jugak korang mesti tunjukkan bahawa korang nak dan sanggup. Then he ask, which one do you prefer, UiTM Shah @ Sri Iskandar, itu sebahagian temuduga yang aku lalui lah
 
Apapun Goodluck kepada yang bakal menempuh temuduga, yang penting berkeyakinan. All the best!
__________________________________________________________________

Sunday, 28 April 2013

Temuduga UITM, Seni bina

Assalamualaikum 🙂
Alhamdulillah, saya dapat temuduga SENI BINA, PERANCANGAN & UKUR. cehwahh memang course idaman. tapi just temuduga, ada temuduga one by one dan ujian melukis.
sampai je terus call iema, huh nasib baik ada kawan. baru bersemangat ! samurarians kot hehhe. lepas tu baru lah jumpa kecik dengan aisyah ahmad, tapi aisyah amik TESL.
Ujian melukis best, aku suke. atas meja ada cube, piramid, bola, cuboid, cylinder bagai. lepas tu kene lukis bongkah itu semua. tak boleh belah lecturer yang jaga ktorang lelaki, berjanggut macam ustaz chemist samura hehe. perangai pun same. ujian tu satu jam je. masuk bilik tu pukul 10, pukul 11 keluar.
 kecik dengan iema 🙂 berpeluh peluh ktorang tunggu turn hehe
lepas tu tunggu turn interview one by one. Group aku,  aku orang perempuan paling last. dari pukul 11.20 tunggu then pukul 4 baru lah turn aku. aku sibuk suruh orang sabar, padahal aku pun dah hilang sabar tunggu turn hehehe.
hujan, ribut, petir, guruh, tempias, haus dan lapar peneman ktorang hari tu. dugaan. aku perempaun yang last sekali dalam group aku, haha lama tak lama tunggu. naseb baik la interviewer tak strict sangat, sempoi, kelakar. hehe. tak formal pun, interviewer pun siap gurau gurau.jangan risau, soalan simple je. lepas keluar bilik interviewerr, ayah pun dah datang. aku masuk kereta terbaring terus. peennaaat sangatt. lapar. tak bertenaga.
Aku cakap dengan ayah tak nak makan, tak ada selera. tapi ayah pakse jugak makan, aku breakfast 3 sudu nasi goreng je kot = = . lepas tu kejam mata buat buat tidur supaya  ayah lupakan hasrat nak singgah kedai. Tiba tibe, ayah kejut dah dekat depan dunkin donut. wahh ! selera terus ada. ceh ceh pekena hot choc, ayah aku belikan hot tea. nyumm sedapnyee hujan pekena hot choc.
  okey, nie pengalaman aku. kali pertama pegi temuduga 🙂 alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. semoga terpilih. amin
___________________________________________________________________________

Saturday, 17 November 2012

Norra Dilla

My Photo TEMUDUGA SARJANA MUDA SAINS SENIBINA UiTM
Oh my! Kena pegi interview! Biar betul?! Tidakkk! Tidakkk! Ok. Nk start cerita. –‘ Dulu, time dee jd pekerja ladang anggur yg sgt berdedikasi kt kl, dee harap sgt2 dee dpt cos yg dee nk kt u. Time upu dulu dee apply cos senibina kt uitm dgn utm. Last2 dpt interview kt uitm. Pergh! Gila cuak! Dee da lah tk penah pegi interview. Ttbe nk kne pegi plk kan? Haiyoo. Tu lah. Gatai sgt p pilih cos yg ada interview tu wt pa? Haaa. Kan padan dgn muka hang tu. 😛 Selalunya dia akn suh dtg utk interview dlm masa seminggu. Dee pun apa lg, ternganga tgk date tu. Homaiii! Gila cpt doe turn den ni! Da lah ilmu psl archi ni kosong. Cara2 nk pegi interview pun tk tau. Haaa. Time tu jgk lh dee call sume org yg berpengalaman dlm bab2 ni semua. Nasiblah abg sedara dee ni student art. Bolehlah dia tlg ajar sikit2 cara nk lukis. Kt skula dulu dee tk amik art. Dee budak sc tulen. Patotnya nk amik cls LK tp ramai sgt laki. Malulah i yg semangnya pemalu ni kannn? XD lps da buat temu ramah, dee surf itu ini. Mcm2lah dee cari. Kne hafal n ingt semua psl archi. Sbb dr research yg dee da buat, dia akn tanya psl basic knowledge/isu semasa n anything bout archi. Huh? Isu semasa?! Lol. Dee da lh jrg2 tgk berita. Klu tgk pun dee tgk berita2 yg hot jaa. Theee~ Dan akhirnya, hari yg ditunggu2 sudah pun tiba~ jeng jeng jeng! Cuba teka apa yg berlaku? –, Bila da daftar kt uitm shah alam tu, dee jumpa dgn dua org kwn sekelas dee! Hek eleh… Rupanya dorg pun ada minat yg sama ke? Awat tk habaq mai naaa? –‘ fuhh! Time tu nasiblah ada kwn. Tk de lah stress sgt. Dee punya turn exm lukis patotnya pukul 8.00 tp ditunda pukul 10.00am sbb… MasyaAllah! Ramai gilagila budak yg nk kne interview! Sumpah ramai. Kalau kira dgn jari pun tk cukup. Eh? Lol. Mmglah tk cukup. –‘ sbb budak2 yg senasib dgn dee ada dlm 500 org dol! 500! Tu pun esoknya ada lg yg nk kne interview. Haaa. Gila tk gila? Persaingan gila hebat kan skrg ni? Time tu dee da dpt rasa da yg dee tk dpt cos ni. Sbb dr sumber yg dee peroleh, dr student archi jgk kt uitm, beliau kata, dlm satu cls tuk archi, dia hny nk 30 org je. 30 org?! Wooo! Mmg ak tersenarailah kan lol. X( time tu dee buat yg terbaik je. Dpt ke tk tu nombor dua. Tentang ujian lukisan, kena lukis bongkah2 je. Lukis bongkah pyramid, cylinder n kotak. Kena ada shading effect. Alah, senang je. Lps tu drawing tu kena tunjuk kt interviewer. Tepat pukul 4.00 ptg. 4.00 ptg ye! 4.00 ptg! Gila lama tk dee tercongok dpn bilik interview tu? Dr pukul 11.00am sampai pukul 4.00ptg. Hmm. Bestkan kena tunggu lelama? –‘ Baiklah anak2! Masa yg dinanti2kan pun tiba. Mak cik tu pun panggillah nombor dee. Eh? Mak cik ke? Ntah lah. Nk kata lecturer kt situ mcm tk. Nk panggil dia kakak pun muka mcm mak org. Hmm. Pape je lah. Dee pun masuklah ke dlm bilik tu dgn muka yg sgt menyakinkan, berjalan dgn tenang dan teratur, muka yg penuh dgn senyuman yg dibuat2, dee pun dipersilakan duduk oleh dua org interviewer. Fuhlamakk! Time tu, wa ckp sama lu, lu akn rasa mcm nk pengsan woo! Luaran nmpk cool je, tp dalaman rasa mcm berada kt tgh lautan yg berombak deras lg ganas. Time tu dee nervous sgt. Dee pun berzikirlah di dalam hati yg suci murni ni. Cewahh. Dgn ilmu yg mendalam sedalam laut merah *poyo tentang ilmu senibina ni, dee harap dpr dgn jwb dgn tenang. Jgn lupa, speaking english ya anak2. Hmm. Nk tau tk dia tanya apa? Dia tanya.. “What do you think bout FOOD WORLD?” fuhlamakkkk! Mmg terbaiklah soalan dia! –‘ food? Hah. Dee tau mkn je. Yg lain tu tk tau lah plk. Dgn penuh keyakinan dee pun jwb lah soalan yg bg dee tu teramatlah ‘senang’ utk budak bio mcm dee ni. -..- lps tu dee harap sgt dia tnya psl archi. Last2 dia tanya, “kamu rajin tengok movie tak?” haik? Madam ni nk ajak ak tgk movie ke? Gila kentang! 😀 dgn jujurnya dee berkata “Herm, saya jarang2 tgk movie. Tp klu cita korea saya tengoklah! Kihkihkih” #inenglish sengalkan jwpan dee? Kahkahkah. Interviewer tu tergelak je dgr jwpn dee. Madam pun tanyalah lg. “So, kamu tk layan movielah? Hmm. Tp cerita merong mahawangsa kamu da tengok ke?” huh? Cita tu? Ak baru tgk minggu lps kottt! Hai, ni mesti nk tanya psl seni2 yg ada kt dlm cita tu. Pergh! Seni2 yg ada dlm cita tu da lah mcm susah je. Hmm. “Merong mahawangsa? Err. Cerita terbitan KRU tu eh? Hmm. Belom lagi *muka sedih” #inenglish tk tau kt dlm hati dee ni da tergelak2. XD “Oh yeke? So, movie apa yg kamu da tgk setakat ni?” wahhh! Dia tanya ak movie apa lah! 1st, dee nk ckp psl movie2 korea / jepun. Kalau cita dorg mmg dee lyn habislah. Time tu dee pikir movie apa yg tk ada kaitan lgsung dgn seni. Dan dee pun jwb dgn gembiranya “Ermm, setakat ni yg paling latest saya da tengok cerita ombak rindu.” kahkahkah! Bernas tk otak i syg? XD “Ooo. So, what do you think bout the movie?” wahhh, madam ni mcm nk suh dee ceritakan sinopsis dia je? Suka! Suka! Suka! 😀 dee pun ceritalah apa2 yg patot… ^_^ Haa… Dee kne tanya soalan yg tk ada kaitan lgsg dgn archi. Buat penat je baca semua benda tu. –‘ in conclusion, sblm pegi interview, segala2nya kena prepare. Mentally n physically. Sangat penting! Act, dia nak tengok kita ni berkeyakin ke tk? Sbb nk jd arkitek kan kenalah penuh dgn keyakinan. Klu tk cmne nk yakinkan client kan? Kt sini dee nk share kan sedikit tips sebelum awk pegi interview senibina. TIPS INTERVIEW SARJANA MUDA SAINS SENIBINA 1. Kaji everything psl senibina/ bangunan/ arkitek2/ apa2 yg berkaitan. Isi semasa pun sgt penting. 2. Prepare hasil2 kerja seni. (act, dee tk bwk pun. Kalau ada, lg bagus. Myb dpt extra marks) 3. Perpare segala dokumen yg diperlukan. 4. Jgn lupa bawa pensil 2B dan pemadam. (brg lain tk boleh guna masa exm lukisan) 5. Pakaian kemas. (pakaian formal. Bj kurung bg girls. Kemeja, seluar slacks n kasut hitam yg mcm org nk pegi keje tu k. Bukan kasut skula) pakai smart2 n lawa. Nk jd arkitek kne ada style. ^_^ 6. Dtg awal. 8. Just hv faith in yourself. Jgn jwb dgn tergagap2. Bantai je. Dan kena ada rasa berlagak sedikit ya . *bak kata sir siva, sir dinamikaku. 🙂 7. Doa dan tawakal. Kalau tk dpt masa 1st intake, jgn give up. Sbb uitm akn buka utk 2nd intake pula. Tp dlm pertngahan tahunlah. Lambat lg. So, buatlah apa yg patot dlm tempoh tu ye. Selalunya kalau 2nd intake, insyaAllah kita dpt cos ni. Sbb tk ramai lgsg yg pergi interview. ^_^ Sekian, Wassalam… _________________________________________________________________

Sunday, April 28, 2013

Fatimah Ulfah Adnan

temuduga sarjana muda sains senibina

Assalamualaikum. So hari ni tajuk menceritakan segala galanya, dah terang lagi bersuluh. Maka aku akan terus cerita.
Masa yang dalam surat 8.30 pagi. Aku bertolak daripada rumah pukul 7.20, sampai UiTM Shah Alam pukul 8.15. Tapi ya rabbi ya karim, interviewee punyalah ramai. Kalau tahun lepas dia buat lain-lain sesi, tapi tahun ni nak senang kot, dia bubuh somorang pukul 8.30 hah ambik. Walaupun ada lima kaunter semuanya, ramai yang tak perasan lagi empat kaunter tu. so almost semua orang, i mean, semua orang yang baru datang main sambung je dekat satu line ni, iaitu line architecture ni la apa lagi. Nak tak nak tu memang line aku yang sepatutnya pun, so beratur la sepanjang tembok china tu. Parah habis.
Ketika beratur aku didatangi Baiti hoho. The only hamidian around I guess. Aku siap pakai baju batch lagi haha siapa budak maahad tak cam memang la. Program AP243 no giliran aku 83, baiti 85. seorang mamat memisahkan kami hoho.
Okay sebelum aku mula melencong, kitorang duduk tunggu untuk ujian melukis pulak. Satu sesi ujian dalam dewan kuliah tu ada seramai 110 calon. So by the time I arrived to the khemah menunggu the first session candidates was already in the lecture hall. Dia tak ikut nombor giliran pun tapi berbekalkan moto first come first serve dengan main redah je. Setelah tiga jam lebih menunggu, akhirnya aku dapat pun masuk ujian melukis tu. Memang time tu sesi yang terakhir pun haha. Pukul 12 tgh.
Ujian lukisan tu lukislah objek-objek yang diberi haha. Aku dah faham sangat masalah tangan aku ni. Masa permulaan and ending nak melukis ni memang tak boleh melukis tangan nervous sejuk dan basah nanti kotor kertas hoho. Tapi siap jugaklah. Buat shading dengan highlight tu yang kena buat study sikit aku rasa. Esp kalau korang ambik course art lagi la.
Satu jam kemudiannya ujian lukisan tamat. Kitorang diasingkan ikut course. Course yang tertera kat tajuk ni paling ramai calonnya. Yang diploma ukur bahan pula tiga orang sahaja walamak. Tapi kitorang diberi break lagi sebab intervviewer pun dah pergi lunch daaa.
Lepas break, kitorang semangat nak ditemuduga dengan nombor giliran digenggaman. Sebab ramai sangat orang kat depan bilik tu, kitorang pun duduk bersepah sementara tunggu nombor dipanggil. Alangkah lukanya hati apabila rupanya nombor giliran tu TAK ADA function pun. Siapa duduk dekat pintu tu dia panggil dulu sobsob. Tapi sebbek aku pergi tanya sekarang dah nombor berapa, kalau tak lagi parah.
Pukul 3.46 petang akhirnya aku disuruh masuk ke dewan tu. Dalam dewan tu ada lebih kurang lima temuduga going on simultaneously. So tak delah nervous sangat sebab bukan asing-asing. Aku dapat panel 3. Baiti panel 2. Ahh, lagi satu aku terharu masa nak masuk tu, ada lagi lebih kurang enam orang depan aku tunggu turn panel lain. Diorang semua cakap goodluck. Bagus kan diorang tu? Terharu aku. Memang menambah keexcitedan aku. (Kesimpulannya bagilah kata2 positif kat orang walaupun kita tak kenal dia, the effect is the bomb you know!)
Bahayanya aku ni kalau dah excited, bahasa aku ni melanggar semua panduan tatabahasa dan etika keformalan hohoho especially perkataan favourite aku iaitu ikr, you know and guys hoho. Walaupun aku dah praktis dengan baiti masa kat luar sana untuk mengelakkan bahasa-bahasa perbualan ni keluar, terkeluar juga akhirnya ketika diinterview. Aku bawa bersama kerja kursus seni tahun lepas, buku sketch manusia (sketch setiap kali sebelum tidur), dengan buku sketch bangunan (baru buat tiga hari lepas). Btw masa inteview aku dalam 10 minit je lebih kurang tapi aku rasa semua soalan yang aku rasa dia akan tanya, semua ada hhaha. Panel aku dua orang dua dua perempuan.
So interview aku berjalan seperti berikut. Aku tak tulis jawapan aku sangat. Tau je la aku ni kan, banyak cakap. Banyak sangat kena taip haha. The questions are not in exact order, dah tak ingat. short memory span hha.
Tell me about yourself. This is soalan wajib so I told my name obviously, siblings & parents names, and current status.

What was your father position?

I answered in details.
Have you ever been oversea?
Dengan yakinnya aku jawab; Nope. Never.
Sekali.

But wait, you were born in manchester? (Puan tu angkat kening) (Alamak aku lupa aku lahir kat sana =.=) I was only born there. Nothing much. Doesnt have any live experience tho. (Rasa macam dah termenipu la pulak.)

So why did you choose architecture?
Aku cakapla pasal diri aku hoho. Nilah masanya untuk masuk bakul angkat sendiri? Haha. I am the type of people who like to create things. I would love to challenge myself to create more complex things, ie the buildings. I believe architecture have the power to change the nation blabla better malaysia. (Haha bila fikir balik exaggerate gila jawapan)Why UiTM in the first place?
Who doesnt know UiTM in leading our architecture industry?
What other course do you apply? I chose architecture in all eight options hehe.
Why not UIA?
I have my own reason takleh cakap kuat2 lol but mainly its because UIA isnt that good in term of practicalities, thats what my seniors told me tho.Whats your second option? UTM. Then why not UTM? Atm UTM doesnt provide architecture course for fresh spm leaver unless you have a diploma first. But the thing is the course is perancangan bandar dan wilayah. Bukan architecture. You’ve been telling a lot about architecture all along, as if you really know what architecture is, Tell me what is architecture really. (Ambik kau, pedas ayat)
Nasib baik Baiti ada share makna architecture tadi hoho. To me architecture is a form of art in a more serious manner, engaged with technologies and science blabla. Its not just about creating buildings, but its about creating space that people enjoy. Sebabnya to make people happy is vital.So, you are from smka maahad hamidiah? Why you didn’t further your studies in islamic field, ie syariah?
You cant expect everyone from religious school to attend syariah courses? Bla bla. Everyone have their own responsibilities. God put us in our own unique paths. So I think this is it, my path. (I shud have mention fard kifayah but I cant recalled the phrase at that time)So you think base on your knowledge from this maahad, you can apply the knowledge in archi then? (Aku tak ingat dah soalan dia macammana exactly, tapi lebih kurang ah)
(Aku dah start rasa cuak sikit dah time ni sebab ingatkan dia test soalan agama pulak) Well the fact that religion is something unseparable from everything we do, therefore this issue shouldnt be such a problem. We can relate anything into religions, we can relate religions with anything. But at least the idea of propagating the religion more into architecture is here though. (Menjawab ke ni entahlah.)How do you sketch this things? Design sendiri ke. (Pointing to an old museum in my sketchbook) Ahhh. Hehe internet of course.
Is there any particular building you want to tell us?
(Time ni otak dah mula serabut.) Locally or internationally? Hmmm theres too many building to talk about. (Stuck jap) Well the most famous hotel in the world, I guess everyone know it by now, but anyway, its one of my favourites. Burj Al Arab. The only 7star hotel blabla. (Tulah saja2 baca semalam, terkeluar yang tu pulak. padahal yang dah preparenya nak cakap pasal menara pucuk rebung dengan tabung haji tu saja simple.)
What do you think of marina bay?
(OMG APE TUUUUUU) Er the one in singapore right?
Nodded.
(OMGGGGG STRIKE. Aku tak ingat sangat, tapi samar-samar.) Ah its awesome, specatular, stand out from the rest. Tiba-tiba aku cakap pasal Malaysia pun boleh buat benda yang sama bla bla bla.
Orang tanya pasal singapore dia cakap pasal malaysia.
(Ehhh ulfah2 asal ko banyak sangat cakap. Aku takut sikit aku terlebih cakap interviewer yang second tu psycho sikit. Tapi overall dua-dua baik peramah saje)
Have you ever been there?
Nope. Seen the photos only. (Logo eden soalan marina bay dah habis haha.)
Yeah thats all, my interview ended and I was beaming like hell hahahaha. Ive done my best. Tunggu sajalah resultnya. It was joyful enough but everything is in His will. *Eh aku tulis sekali jawapan aku hha.
Bayangkan pukul 8 menunggu sampai pukul 4. Pergh heaven ke.
So seandainya aku diberi peluang untuk ditemuduga untuk ini lagi (aka tips untuk orang lain):-Datang awal! OMG kalau aku tahu seramai ini umat manusia yang akan datang interview pukul 8.30 ni, aku datang pukul 7. Senang. Tengahari dah boleh habis dah. Silap-silap pukul 10 pun dia dah selesai.
-Pastikan salinan dokumen disahkan. Ramai parents kehulu-hilir nak dapatkan pengesahan tadi. Last2 sebab ramai sangat takde pengesahan, diorang pun terima jela kali ni.
-Pensel dan pemadam dalam genggaman. just jangan tercicir hoho.-Buatlah shading dengan highlight time ujian lukisan. Pihak UiTM tak suruh pun. Tapi ada segelintir orang siap cepat sangat, plus takde dua benda tu. Baru dua puluh minit dah lepak. Jeles pulak orang sebelah nanti tengok korang awal sangat siap. Macam kes aku.
-Bawak buku semaikan amalan membaca atau anything untuk mengelakkan kebosanan tahap dewa.
-Research pasal archi. obviously ada markah untuk pengetahuan kursus, pengetahuan am, dan pengetahuan seni bina.
-Senyum! sebab senyum ni berjangkit. ada virus positif. confirm interviewer korang akan senyum kalau kau senyum gak, kalau tak nampak dia senyum, dia senyum dalam hati la tu 😉
-Kalau boleh buat design portfolio yang gempak. *Macam baiti sebab lukisan dia gempak gillalos, interviewer dia tanya tiga soalan saja (safe tenaga masa dan air liur) dan kasik markah seratus beserta komen ‘very high recommendation’ daebaakkk. Bagai bulan jatuh ke riba. Seronoklah baiti, aku tak dapat nak usha markah aku dia sorok T_T
-Jangan lupa tawakkal kepada tak lain tak bukan.
Ada rezeki Allah dimana-mana.
Jumpa lagi. Dah tu je. Sekian.Sekarang apa kata korang senyum kat random stranger yangkorang jumpa pasni. Sama gender la selamat sikit. Dan tengok respon dia. Ah, heaven. *p/s: Result dah keluar. Alhamdulillah aku dapat dekat UiTM Seri Iskandar. Tetapi masuknya bulan 9 nanti. Hah nampak tak betapa lambaaaaaaaaaaaatnya masuk nak tunggu budak2 lain. Boleh tidoq empat bulan ni. Hehe.
_________________________________________________________________

Wednesday, May 9

Nur Syafina Mohamed Johari

My Photo

Interview: Sarjana Muda Senibina UTM

setelah sekian lame sy biarkan blog ni bersawang, berhabuk, sampaikan spiderman pon bole buwat sarang… kini saya kembali dengan pengalaman sy yg terbaru… that’s interview… 1st time dowh… biase r, orang x seberapa macam sy ni mane ade pengalaman interview banyak2…
ok… macam yang korang bole tengok kat title tu… senibina a.k.a architecture… ramai gak yang terkejut bile sy bagitau dapat interview ni… kebanyakan tanya…

minat ke?!

actually ade r jugak minat pada architecture ni… tapi ayah memang nak sangat saya jadi doc… amik medic… so sy pon mule r tanam minat pada course medic ni… n alhamdulillah… bole minat… tapi still x bole buang minat pada senibina since spm lg… so… mase isi upu hari tu, sy pilih medic as pilihan 1st, 2nd n 3rd… 4th senibina… alhamdulillah dapat interview…
actually da almost 1 week lepas tarikh interview ni… tapi baru ade feel nak cerite kat semue… coz interview ni betol2 menaikkan kemarahan sy… bcoz of interviewer tu sebenarnye… huhu…
ok… 1st of all nak citer dulu camne interview ni dijalankan… actually ade 3 bahagian semue sekali… tapi saye x berape tau sangat r name untuk setiap bahagian ni… tapi nak gitau jugak…
test bertulis-pengetahuan pasal senibina
masa yang diperuntukkan 40 minit… nak lulus test ni senang je… make sure ade pengetahuan pasal bangunan yang menjadi mercu tanda kat Malaysia ni… etc. KLCC… mesti jugak kenal arkitek2 popular dunia n Malaysia… n make sure kreative, berfikir di luar kotak… n… n… make sure korang penah ade pengalaman dalam lukisan kejuruteraan…
test melukis
masa yang diperuntukkan 20 minit…nak lulus test ni imagination kene tinggi… kalau xtaw camne nak imagine… tengok citer spongebob… insyaAllah bole… haha…
dalam test ni… x semestinye korang kene lukis bangunan… diorang kemungkinan besar akan suro korang lukis sekali orang… or kereta… or tumbuhan ikut ratio yang sesuai… sy hari tu… dorang suro lukis rumah sendiri a.k.a rumah mak bapak sy r kan… beserta rumah jiran2… beserta ngan orang… x kire r ahli keluarga or jiran tetangga… beserta dengan kereta kat dalam halaman rumah korang or kat tepi jalan or wateva la…
interview 1 to 1
bahagian ni tiada peruntukkan masa… depends on interviewer jugak… kebanyakan orang antara 15-20 minit… kalau ikot pengalaman kawan untuk senibina upm… dye cakap melibatkan kite sorang2 dengan 5 interviewer… tapi untuk interview senibina utm… korang x payah risau… it happen between u alone of course… wif an interviewer… bahasa yang digunakan dalam interview?! its depends on da interviewer… macam sy, sy dapat interviewer yang sangat mengagungkan bahasa ibunda… so, selamat suda di situ… sesetengah interviewer tu dye cakap bahasa melayu tapi dye suro kite answer in english… sesetengah tu pulak dye x cakap pon kite kene reply dalam bahasa ape… dalam kes ni korang ikot bahasa ape yang dye cakap… kalau malay, reply in malay… kalau english, reply in english… owh lupe pulak nak gitau… dalam surat tawaran ade tulis bawak portfolio hasil seni yang pernah kite buwat… hasil seni ni x semestinye lukisan… bole jadi model 3D yang korang penah buwat… or ape2 je… etc. gelang manik buatan sendiri, canting batik, baju jahitan sendiri, anyaman, ketupat pon bole… bawak je banyak2 hasil seni korang… kalau macam sy… sy bawak 1 je… sy lukis potret… x berapa nak jadi pon…
cube teka siapakah beliau?!
ni je r some tips yang sy bole share ngan korang… owh… lupe pulak nak gtau… actually, bahagian 1 n 2 tu dijalankan serentak… so bile digabungkan waktu, 1 jam semue sekali… x semestinye korang kene menepati 40 minit untuk bahagian pertama n 20 minit untuk bahagian kedua… korang bole buwat selang seli ikot suke korang la… coz kertas untuk test 1st n 2nd tu diberi serentak…
ingat lagi tak sy ade bagitau dekat atas yang interview 1 to 1 tu kebanyakan orang di’interview’ untuk 15-20 minit… agak lame kan?! tapi untuk sy sekejap je… lepas 5 minit masuk sy dibenarkan pulang dengan perasaan marah dendam segala bagai… aish… sekejap x bermakne bagos tau…
FYI, interviewer tu cari pasal dengan sy… u know what… 1st masuk… lepas sesi bagi salam n jawab salam, of course dye suro dudok… da dudok atas kerusi tu, teros dye mintak fail yang mengandungi mende2 alah yang dye suro bawak… salah satunye of course surat tawaran interview… lepas mintak fail dye tengok maklumat pasal diri kite yang dye da ade dalam rekod… n dye cakap…

bagos result matrik kamu ye…

waktu tu sy xtaw nak kasik respon ap… sy pon senyum je r cam kerang busuk… xkan r nak cakap… ‘OWH, WELL SIR, SAYA MEMANG BIJAK PANDAI…’ that’s juz too much dowh… haha… n then teros dye tanya…

kamu letak senibina ni pilihan ke berapa mase isi upu?!

dengan jujur n ikhlasnye sy gitau dye sy letak course ni as pilihan terakhir a.k.a pilihan ke-4 sy untuk research u… n then dye cakap…

kamu tau kan?! daripada 4000 yang mohon, kami hanya pilih 40 orang…

sy pon jawab r sy taw coz mase briefing before mulekan bahagian 1 n 2 tadi pon diorang ad cakap pasal mende ni… n then dye cakap dye x perlu panjangkan lagi interview untuk sy as peluang untuk sy ditawarkan course ni pon memang tipis… waktu tu terlintas kat hati sy ‘WHAT DA HELL WIF DIS MAN?!’ can uolls imagine camne rasenye perasaan confirm gagal interview hanya disebabkan letak course interview tu pada pilihan terakhir?! padahal dye puji lukisan sy untuk 1st test n 2nd test tu… n dye puji my potret yg sy lukis tu… tapi dye reject sy coz i put dat course at 4th… WTF…. disebabkan kene reject depan2… maka yang demikian… interview ni dipendekkan kepada 5 minit sahaje… sy dipakse keluar n uolls know what… dye ucap tq coz dye cakap sy memudahkan kerja dye untuk hari ni… aaaa…… kalau ade pistol n membunuh tu x berdose… interviewer tu da xde taw sekarang…
disebabkan hal yang sedemikian, medic… plizz be kind to me… i seriously give up on architecture… daripada spm lagi memang xd jodoh ngan course architecture ni… sabar je la mak nak… aish…
so ni je r serba serbi pengalaman interview yang x success yang sy bole share ngan korang semue… hope bole r membantu sesape yang nak be’rinterview’ dengan utm lepas ni yek… adios…
Yang bengang dengan interviewer,
__________________________________________________________________________

Tuesday, May 3, 2011

sharing is caring 🙂

assalamualaikum 🙂
hye awak semua 🙂 hehe. alhamdulilah aku baru balik dari interview untuk jurusan senibina ataupun dalam bahasa omputeh dia architecture. hari ini, ouh tidak bukan hari ini, sekarang jam menujukkan pukul 2.38 am, maknanyer semalam la kan. oke, semalam aku bukak website blog and then aku jumpa suruh aku kongsi pengalaman aku kena interview.
oke ini adalah merupakan kali pertama aku kena interview. takpernah dalam hidup aku pun kena pergi interview. aku ingat lagi time sekolah dulu, masa budak budak lepasan SPM ini sibuk nak isi borang UPU tu kan. aku cuba elakkan aku kena pergi interview. aku carik course yang takpayah kena pergi interview. walaupun itu impian aku masa sekolah lagi. biasa la angan angan aku kan nak jadi arkitek sebenarnyer cuma tak meluas je cita cita aku dulu. kejap nak chemical engineering, yela dulu aku minat GILER kat kimia. sekarang entah :(. tetiba sejak aku masuk matrik ini, minat aku kepada engineering semakin berkurang dan berkurang. aku lebih berminat kepada bidang senibina nie. sekarang aku fikir kalau aku cuba elakkan diri taknak pergi interview. sampai bila bila pun aku tak kan berjaya. dan cita cita aku tak kan tercapai. so, aku beranikan diri isikan jugak course yang ada interview. aku akan harungi semua lautan yang ada. *semangat giler kau ! hehe
secara jujurnyer aku memang takde buat preparataion untuk interview ini. aku buat sikit sikit je, itu pun kakak kau suruh aku google carik pasal senibina ini. itu pun saat saat akhir. sebab mungkin first time kott, aku sendiri tak tahu nak prepare mcm maner. dan ada jugak berlatih bercakap dengan kakak aku. thank you kaklong 🙂
jumaat yang lepas, aku kena pergi interview kat UTM international campus, jalan semarak, KUALA LUMPUR. macam biasa, aku bangun awal awal pagi, sebab tak nak tersekat kat dalam kesesakan jalan raya katanyer. mak aku peneman setia aku dari awal pagi hingga ke petang.  aku sampai dalam pukul 7.40 pagi mcm tu. aku masuk je kat dewan jumaah tu, woowww ! hebat hebat kott diorang nie. siap bawak lukisan yang selalu budak LUKISAN KEJURUTERAAN (LK) bawak kemana mana tu. tahu tak? ala yang beg besar warna hitam tu, yang selalu budak LK jinjing beg diorang ke hulur hilir tu.  tahu tak? * smart la kalau dapat bawak tu. hehe. dapat bayangkan tak? ada siap bawak kotak lagi. mungkin tu contah plan yang diorang pernah buat time kat sekolah dulu  kott. aku cuma bawak kertas lukisan yang hanya dimasukkan kedalam fail biasa je bersama sama dengan sijil. sebab aku takambik LK mcm diorang :(. untunglah siapa ada ambik LK time sekolah dulu. belajar semua benda.
dalam interview ini ada 3 sesi 2 bahagian.
dalam sesi pertama ini, dikenali sebagai sketching. hanya perlukan pensil 2B sahaja dengan pemadam. pembaris dilarang sama sekali. haram la digunakan. juat kita sketching je. masa 20 minit sahaja. memang singkat waktunyer. tapi masa itu emas kan. pandai pandai korang bahagikan masa korang.
soalan : anda diminta untuk melukis yang ada rumah jiran, kereta, landskap dan orang. lebih kurang la soalan dia mcm tu.
ini mungkin contoh yang boleh aku kongsikan untuk korang. korang reka je mengikut idea korang masing masing. aku tahu korang sebenarnyer kreatif kan. lukis ikut hati korang. jangan risau, lukis je just sketching je.  mcm aku ini takde langsung basic LK, siapa yang ada basic LK mmg untung la sangat. aku hanya ada basic SENI je. aku redah je lukisan tu. aku lukis ikut idea aku datang masa tu.
untuk sesi kedua pulak, menjawab soalan mcm jawab soalan subjektif. soalan yang aku ingat
namakan 2 arkitek yang paling terkenal di dalam malaysia ataupun di luar negara ?
sumpah ! memang aku tak tahu lansung pasal soalan ini. aku rasa menyesal tak carik maklumat pasal benda. nasi dah jadi bubur kan. aku pun bantai je la nama nama yang ada. masa interview, panel tu tanya aku sapa dua orang arkitek ini? * ting ting padam muka ! sapa suruh tak buat research dulu kan. pangggg ! penampar satu.
pastu kat soalan tu jugak dia suruh aku lukis 3D dimension dari lakaran yang dia bagi * ting ting padam muka ! aku takbelajar la. mcm maner ini. aku ingat masa zaman zaman sekolah kegemilangan subjek KEMAHIRAN HIDUP ada la belajar sikit sikit. TAPI aku dah LUPAA !! aku lukis 3D tu mengikut apa yang aku pernah belajar. aku bantai je, tapi tak tahu betul ke tak. ada satu lukisan tu mmg aku tak dpt bayangkan sudut sisi dia mcm maner. susah jugak la.
pastu ada soalan suruh kita mcm sambungkan lukisan yang dilukis separuh je and then jadikan apa yang korang rasa nak jadi. lukisan pertama, separuh melekung dan aku jadi kan separuh melekung itu menjadi sebuah stadium. lukisan kedua, lukisan dia mcm pokok krimas yang terpotong dua. serius aku tak tahu nak lukis apa kat situ, takde idea lansung. tetiba aku terfikir untuk jadikan sebuah kolam renang. aku bantai je semua tu. aku redah je. masa dia 40 minit je untuk sesi dua ini.
untuk sesi ketiga pulak, macam biasa la sesi interview. sumpah aku tunggu lama giler untuk giliran aku. haritu pulak hari jumaat, rehat kejap untuk solat jumaat. sambung baliik, pukul 2.40 ptg baru aku masuk bilik iinterview. akhirnyer.. boleh tertido kott tunggu. satu interview dah dekat setengah jam. lama tu. masa interview itu mcm biasa la soalan dia
apa yang mendorong awak ambik bidang ini?
 
kenapa awak memilih bidang ini?
 
apa yang awak paham tentang kerjaya sebagai seorang arkitek?
adakah family awak menyokong awak dalam bidang ini?
 
p/s::soalan dia semua dalam BI. kecuali masa interview soalan dia ada BI ,ada BM. campur campur la.
UKM untuk sesi temuduga kedua. hari keesokkan harinya, hari sabtu. dan pengalaman yang lepas mengajar aku sikit demi sikit. first first masuk UKM. woowwww !!! besar giler UKM ! best giler UKM ! nak masuk UKM la. wahh beshh nyerrr ! masa kat UKM aku masuk kat bahagian fakulti kejuruteraan dan seni bina. aku dapat tengok hasil hasil kerja pelajar seni bina. mcm maner diorang buat final projek diorang. wahh seronoknyerr !! * semangat datang balik. korang nak tahu lepas interview kat UTM tu. aku rasa down sgtt sebab tak dapat buat yang terbaik. menyesal jgn cakap la kan. menyesal sangat sangat nie.
kat UKM interview paling aku rasa seronok sgtt. sebab aku jumpa kawan kott kat sana. walaupun baru kenal tapi rasa mcm dah lama kenal. tapi sayang aku taktahu nama dia. sedih bukan :(. borak mcm dah lama kenal tapi nama pun tak tahu. yang aku tahu dia dari MATRIK SELANGOR (KMS). harap kita dapat jumpa lagi. insyaallah 🙂
sebelum kitaorang buat ujian melukis ini, kitaorang berkumpul kat DK 1. kat situ kitaorg tengok video pasal senibina pastu ada briefing sikit pasal course tu. pihak tu cakap, course ini tersangat sangat susah, pressure banyak, takboleh nak rilexs, kerja semua, kerrja yang berterusan non-stop * membuatkan aku terfikir seketika.
kat UKM ini ada dua sesi je. mcm biasa la sesi pertama, sesi melukis, oke dia bagi  empat gambar, ada gambar pokok, ikan lumba lumba, kain batik dan kereta sport
TUGASAN 1
jadikan daripada salah satu atau kesemuanyer elemen diatas itu menjadi sebuah bangunan atau struktur mengikut idea anda masing masing
 
TUGASAN 2
tuliskan esei pendek mengenai kedalam kefahaman anda tentang senibina yang anda tahu sejak dari zaman moden, tradisional, kotemperari, kuno dan sebagainya
 
MASA 40 minit sahaja.
 dalam lukisan aku tu, aku ada selitkan unsur kehijauan sikit, alam sekitar sikit daripada elemen pokok tu. pastu aku masukkan lagi unsur tradisional daripada elemen kain batik. pastu aku masuk kan unsur moden daripada unsur  kereta tu. dah siap lukis tu, buat la esei pendek tentang senibina yang aku faham. aku tulis pun ikut kata hati. apa yang pernah aku baca, apa yang pernah aku tengok semua aku sumbatkan dalam esei aku. tapi tak sempat sangat sebab masa pendek je kan.
untuk sesi kedua nie, sesi interview ataupun sesi beramah mesra. sesi interview ini mmg cepat giler berjalan. dalam sepuluh minit panggil nama lain, pastu panggil nama lain, nama lain lagi. sekali tengah borak borak dengan kakak aku sekali
NUR EZZAH SYAHIRAH BINTI SABRI
nama aku dipanggil. menggelabah kat situ. sebelum nak masuk sesi interview tu ada chech rabun warna mcm korang nak ambik test berkomputer JPJ tu, cuma dia tak guna computer pun, dia guna secara manual sahaja. rabun warna CANTIK ! no problem.
melangkah lah kaki aku ke sesi interview tu. sumpah best giler interview kat UKM. panel tu bukan banyak tanya pun, banyak borak je. bercerita la. cerita itu la, cerita ini la. pastu buat lawak. dah habis pastu boleh keluar. serius untuk sesi interview ini aku keluar dengan yakin tanpa rasa down. aku rasa enjoy untuk sesi interview kat UKM ini. tak stress sgtt, seronok la. aku confidents kat UKM berbanding UTM 🙂
p/s::kat UKM semua cakap BM
mungkin pengalaman aku sedikit sebanyak dapat membantu korang yang nak pergi interview tak kisah la jurusan apa apa sekali pun, tapi aku lebih prefer bercerita tentang jurusan senibina la. interview apa sekali pun , korang mesti prepare daripada awal. jgn jadi mcm aku. tak prepare sgt. nervous tahap ayam la nmpknyer. cuba google carik pasal jurusan korang yang kena interview tu. pasal korang pun kena tahu pasal universiti yang korang pergi. diorang mesti tanya
kenapa pilih UKM/UTM/UiTM/USM??
 
korang kena tahu la serba sedikit pasal U korang tu oke. aku tahu perasan orang yang first time kena interview mcm maner. nervous ?? tu mesti ada. aku dah banyak kali keluar masuk tandas. wajib tu ! hehe. practice bercakap, aku tahu nnt dah smpai sana otak semuanyer blank. tape korang mcm biasakan diri dengan bercakap. cuba try dwibahasa. BI and BM.
the conclusion
 
semakin banyak usaha kamu untuk mencapai bintang, 
 
semakin hampir cita cita yang kamu impikan 
 
🙂
 
p/s :: kadang kadang apa yang kita harapkan, apa yang kita inginkan, apa yang kita cita citakan. kadang kadang kita takdapat kan. aku berharap cita cita ini menjadi satu kenyataan. insyaallah. aku pun taknak berharap sangat. nnt kecewe. assalamualaikum 🙂
p/s:: aku harap dapat membantu. maaf kalau ada yang kurang 🙂
GOOD LUCK KORANG !
__________________________________________________________________________________________

MAY 22, 2013

Fatin Amira (Eimy)16 August 1994

MOMENTS; Temuduga Senibina UKM

UPU. Semakan Pnaggilan Temuduga Program Pengajian bertemuduga (bkn pendidikan) Lepasan STPM/Setaraf boleh dibuat mulai 13/5/13 di http://upu.mohe.gov.my
Yahh! My course! Architecture!
Bukan kali pertama kena interview.
Tapi kalau untuk bahagian pendidikan punya seingat aku swasta je kott yang pernah experienced.
Bah. Peng. Akademik, UKM: Sdr/i FATIN AMIRA AB HADI. Tahniah. Anda terpilih menghadiri temuduga bagi kemasukan ke Program Ijazah SARJANA MUDA SAINS SENIBINA UKM. Sila semak surat panggilan temuduga diwww.ukm.my/kemasukan/temuduga.
Acacah je ni.
FIRST CHOICE RU aku in ARCHITECTURE! UKM.
Tarikh interview: 22 MAY 2013
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
“Just because of the interview, I get back my same feeling as macam nak struggle for PSPM dulu.”
Betul! Punyalahh beria aku google Pengalaman Temuduga Senibinasana sini. Semata hanya kerana sebuah preparation. Khatam segala jenis common question yang selalunya interviewee bakal tanya. Siap menghafal beberapa fakta senibina bangunan dan kehidupan arkitekII ternama. Ini betulII punya research macam nak jawab paper PSPM. Tanya je lahh aku fasal Marina Bay, Swiss Re Building, aku dah boleh nak bagi pengenalan serba-sedikit about the architecture. Tanya je lahh siapa dia Hijjas Kasturi, Caesar Pelli, Kisho Kurokawa, Antoni Gaudi, Frank Llyod Wright, Santiago Calatrava, Renzo Piano, memang A+ kalau nak disuruh buat biografi mereka. Dah tahu setiap trick temuduga senibina kat UTM, UiTM, USM dan UKM. Aku buat research 3 hari 3 malam tak tidur HAHA
Aku bertolak malam sebelum hari temuduga dan check-in di hotel yang berdekatan. Bangun pagi je, rasa macam “Wahh I don’t feel nervous yet. Or maybe it’s heartless ehh.” I am dressing formal, pakai baju kurung dengan warna yang aku rasa boleh jadikan aku yakin semacam hari ni. Play the psychology baby 🙂
Masuk ke UKM, terus mencari Fakulti Senibina macam yang tertera dalam surat tu. Eventhough ada dalam 2 kali kami (with my Ayah) salah masuk fakulti, bila sampai je kat tempt pendaftaran, budakII tengah beratur panjang. Tak ada lahh sesak mana pun, sebab ada laa tak sampai 100 orang calon kat situ. I don’t even meet my college-mates langsung punn yang pasti. Aku je ke yang sesat pilih UKM as first choice in Archi? Hahh no matter laa ==’ Aku dapat group 1 giliran ke 13.
Then, kami semua diminta masuk ke sebuah bilik untuk ujian melukis. Kalau kat UiTM, selalunya akan diberi beberapa bentukII geometri tersusun yang terdiri daripada silinder, kiub, dan sebagainya. Lepas tu kena sketch shading. Ini yang paling simple laa kott sebab kalau dalam seni, ini benda basic yang kita kena mahir.
Kalau kat UTM pula, ujian lukisan dia ni namanya Amplitude Test. Imaginasi pun kena tinggi, sebab korang kena sambungkan garisan yang separuh siap dalam lukisan tu menjadi sebuah bentuk 3D. Tak pun dia akan beri task, dan minta kita lukis berdasarkan apa yang dia nak dalam soalan tu. HAHA dah melencong dah cerita aku ni.
Sebelum tu, aku ada juga buat practice drawing. Nak make sure skill melukis still okayy okayy lagi. LOL tolong laa jangan comment, I think my draw is so worse! Sebab ni tengah melukis waktu tengah takde semangat ==’
Kat UKM, kami diberi sebuah gambar ramaII, kereta hybrid, dan hutan hujan tropika kat slide depan. Panel akan minta design sebuah bangunan menggunakan ketiga-tiga elemen tadi. Lepas tu kena explain reka bentuk yang dah dilukis tadi tu. Alhamdulillah aku dapat je lukis sebuah rumah idaman yang agak mesra alam. (Ini ilham daripada research Swiss Re Building laa niyy). Menepati arahan kott ==’ sebab roughly aku dapat nampak semua tu merupakan elemen semulajadi dan mesra alam juga.
Seterusnya, semua calon dikumpulkan dalam dua buah bilik sementara nak tunggu giliran dipanggil interview. Ada interviewpersonal dan berkumpulan. Dah lama menunggu, puas layan perasaan sorangII, nama aku pun dipanggil bersama 2 orang lagi calon. This is the time. Ada ujian buta warna sebelum tu. Macam yang pernah korang buat waktu nak ambil ujian memandu tu 🙂 Panel tu minta kami bertiga masuk sekali satu bilik. 2 orang panel. Chinese and Indian. Let introduce yourself, dan aku mengambil kesempatan untuk start the conversation. Chill Eimy, first impression is very important. Panel refer lukisan kami tadi dan minta kami explain.
Ada laa juga dia tanya kenapa pilih UKM? Why not UTM?
Refer to me sebab aku duduk kat Johor Bahru kann.
Kenapa pilih architecture sedangkan bukannya tak pernah dengar orang kata yang student architecture selalu tak cukup tidur. Even mereka pun dah tak sanggup nak jadi architect, jadi lecturer UKM je. Ouhh man psycho ==’ Play wisely.
Tapi bukan ke kalau kita dah buat perkara yang kita memang minat dan suka tahap gaban laa katakan, nak mencari istilah penat dan susah tu memang payah. LOL that’s just my prinsip 🙂
“Actually, I don’t have wide knowledge about architecture yet but I know that architecture is a creative profession. I am intriguated by how architecture can affect our life, mood, behaviour and our future.”
Terus dia sambung, “So how do you think it affects our behaviour?”
Dia tunggu jawapan aku. I answer randomly.
Dia ada melawat Langkawi before, and one of the point is kenapa certain rumah kat sana buat pintu yang kecil sampaikan kalau nak masuk rumah pun kena bongkok?
Melambangkan budaya mereka yang tersendiri. And yeah, what! C’mon Eimy, brainstorm right now. Aku tengah fikir laa ni nak bagi specific answer. Then calon sebelah aku kata yang iamelambangkan rasa hormat pada tuan rumah. That’s what they need, nak masuk pintu rumah kena tunduk. HMM make sense. Another one pula beri pandangan supaya susah orang nak merompak masuk rumah. HMM this kinda funny XD
Anyway dia pula yang minta kami tanya apaII soalan fasal senibina. That’s awesome sebab aku sempat je mencelah tanya,
“What is the specific criteria to be an architect?” Yeah of course, creative and high imagination. That are so important^^
________________________________________________________________________

Che Pasta 12/06/2013

Temuduga Senibina Dalaman & Landskap

Assalamualaikum w.b.t sahabat!
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bercoret kali ni dan berkongsi sedikit ilmu. Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk ditemuduga.Temuduga kerja ke? Oh tidak, masih terlalu awal untuk tu. Saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jurusan yang telah saya mohon di universiti. Rasanya tengok tajuk pun dah faham kan, jadi tak payah la saya cerita panjang-panjang.
Jurusan senibina ni kena ada skill tertentu jadi nasihat saya sebelum anda memilih jurusan ni anda perlu persiapkan diri anda dengan skill skill yang berkaitan ya. Perkongsian saya kali ni lebih kepada tips dan serba sedikit dari pengalaman saya sewaktu temuduga insyaAllah.
Senibina Rekaan Dalaman
Saya telah ditemuduga dua kali bagi jurusan ni, di USM dan Uitm. Jurusan yang sama tapi cara yang berbeza. Maka, saya akan ceritakan dulu temuduga di USM. Temuduga senibina ni memang terdiri dari 2 sesi. Pertama, ujian lukisan dan kedua, temuduga secara lisan. Semasa ujian lukisan, kami dikumpulkan di studio dan diberi satu soalan. Soalan tu meminta kami mengambarkan ruang tamu rumah masing-masing dan lukis dalam bentuk 3D diatas kertas yang disediakan. Skill yang saya maksudkan tadi amat penting disini. Kami hanya diberi tempoh 45 minit untuk menyiapkan lukisan. Selesai je ujian melukis, kami dibawa ke ruang temuduga. Semasa giliran saya penemuduga bercakap dalam bahasa Inggeris dan Melayu jadi saya tak pasti bahasa apa yang patut digunakan tapi saya ikut je penemuduga tu. Berbeza pula di Uitm, ujian lukisannya meminta kami melukis objek-objek yang telah mereka sediakan di tempat ujian. Ada la objek seperti kon, piramid, silinder, sfera semua tu. Jadi, tiru je la apa yang dah terpampang di depan mata cuma kena pandai mengolah lukisan tu jadi realistik la. Kalau tak memang plain je sebab pakai pensel 2B yang satu tu je. Temuduga lisan sama macam di USM cuma masa giliran saya penemuduganya bercakap dalam bahasa Melayu. Jadi, saya pun jawab la dalam BM.
Senibina Landskap
Saya ditemuduga untuk jurusan ni di UPM. Sesinya sama seperti temuduga senibina dalaman. Soalan ujian lukisannya macam di USM, minta kami menggambarkan dan interpret dalam bentuk lukisan perspektif/ 3D. Temuduga lisan macam biasa cuma yang ni memang kena cakap dalam Bahasa Inggeris walaupun penemuduganya cakap campur campur. Pastikan vocab banyak kalau nak ditemuduga dengan tenangnya.
Apa yang kita kena tahu untuk temuduga senibina ni?
Sediakan jawapan yang mantap dan meyakinkan sebab diaorang akan tanya kenapa ni kenapa tu kenapa bla bla bla. Soalan yang biasanya ditanya adalah berkaitan dengan jurusan yang kita mohon tu, jadi buat research banyak banyak pasal jurusan tu dan fikir alasan yang sesuai kenapa minat jurusan tu. Selain tu, kena ikut jugak perkembangan semasa atau isu-isu semasa sebab kadang-kadang dia akan selit juga soalan-soalan pengetahuan am masa temuduga. Lukisan yang kita lukis masa ujian melukis pun diaorang akan suruh kita terangkan, jadi masa lukis tu fikir-fikir la apa yang boleh diceritakan mengenai lukisan kita tu. Masa tu la diaorang akan uji pengetahuan kita pasal jurusan tu melalui apa yang kita ceritakan pasal lukisan kita. Walauapapun, benda yang paling penting adalah keyakinan diri. Kalau jawapan kita meyakinkan walaupun mengarut, insyaAllah kita akan dipertimbangkan.
Baiklah. Ini saja yang mampu saya kongsikan. Kalau ada pertanyaan insyaAllah saya akan jawab setakat yang saya tahu. Moga dapat memberi manfaat pada anda insyaAllah. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Wallahu’aklam.
Terima kasih kerana membaca 🙂
______________________________________________________________________________________________________

info temuduga senibina UTM

Nana S.

My Photo

esok (27th April) start exam first paper – Engineering Survey. pukul 9am. doakan ye kawan kawan? terima kasih banyak banyak. 🙂
_________________

niat di hati nak tulis pendek je. tapi, tengok Formspring tadi, ada orang tanya soalan ni pulak. akak jawab ye dik? (ceyy. macam dah tua sangat je. HAHA)

(tak nampak? click lah.)
okay. first, kenapa dia tanya soalan tu, you might asked? sebab ini: temuduga SBS-Senibina, FAB UTMsuatu masa dulu, architecture adalah pilihan utama di hati. tapi, maybe tak ada rezeki kot, tak lepas temuduga. tak apa, dapat second choice. which is, Civil Engineering. && still dapat universiti pertama pilihan hati, iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terhebat. =’)
Alhamdulillah. rezeki Allah yang tentukan kan? Dia lebih tahu. 🙂 okay, so berbalik kepada soalan adik Eda. benda benda yang perlu dibawa? saya bahasakan diri akak & adik lah ye? macam comel je. haha. adik Eda, macam yang akak dah tulis dekat post temuduga tu, interview architecture ni ada 2 sesi.
  1. jawab The Aptitude Test.
  2. temuduga individu.
untuk Aptitude Test, adik perlu bawa kotak pensel, pensel warna, sahaja. dalam kotak pensel tu, lengkap dengan segala alatan untuk melukis lah ye? oh. by the way,pembaris tidak boleh digunakan ye. semua kena lukis dengan bare hands. so, might as well you practice your drawing skills. barulah pemeriksa akan bagi markah lebih kan? markah lebih = peluang cerah.
dalam Aptitude Test juga, ada soalan subjektif. adik kena baca buku buku yang berkaitan dengan senibina mulai sekarang. start buat research sendiri okay? tak kira lah through buku ke, internet ke. gunakan segala kemudahan yang ada. ambil tahu mengenai siapa arkitek yang famous dekat dunia ni, arkitek arkitek dekat Malaysia, siapa yang bina sesuatu bangunan, apa ciri-ciri yang ada dalam sesebuah bangunan tu, jenis binaan & so on. kena ambil tahu ye? sebab kalau tidak, tak dapat nak jawab lah soalan yang ada dalam tu. oh! && imaginasi juga kena tinggi. sebab adik kena sambung garisan yang dorg dah bagi menjadikan ia sebuah bentuk dalam 3D. practice lah dari sekarang. 🙂
&& time 2nd session iaitu, temuduga individu, kalau adik ada folio lukisan sendiri, adik nak bawa pun boleh. pemeriksa akan look through your folio & they will ask you a couple of things. nak kata bawak folio tu advantage pun, tak jugak, sebab, markah yang paling banyak dekat cara adik berkomunikasi dengan mereka. apa dorg tanya, jawab dengan bijak. practice your english! sebab ada soalan dia akan tanya dalam BM, dia suruh kita jawab dalam English. & ambil tahu jenis jenis binaan bangunan yang ada. kalau macam akak, dia tanya ciri binaan The Summit USJ. sebab akak tinggal dekat USJ. tapi, untuk adik, akak tak tahu lah. semuanya terpulang dekat penemuduga tu. memang dorg akan tanya sukehati dorg je. seriously. so, BE PREPARED.
all in all, actually tak payah bawak apa apa sangat pun. prepare yourself physically & mentally. yang penting, pensil, pemadam & pensil warna MESTI bawa. folio lukisan: sampingan sahaja. && benda benda yang dorg tulis dalam surat tawaran tu, yang tu pun kena ada lah. tengok balik surat tawaran, baca betul betul. okay? 🙂
PRACTICE. PRACTICE. PRACTICE.

no matter your english kee, your drawing skills kee.. be prepared. itu yang penting. && beri jawapan dalam nada yakin. okay adik? 🙂

GOOD LUCK! 
harap dapat membantu.
_______________________________________________________________________________________________________________
Interview at UiTM Merbok :3
NUR ERA SYAHIRAH BT IBRAHIM
Walaweeerrrr , hey hey gorgeous and gentleman silent readers !
How’s are you ? Hopefully all of you in a good condition now .
For this entry , I will try writing in English . First and foremost , I want to be apologize to all of you because my grammar so so so bad and if you don’t mind leave your comment or chat box to complain/comment about my grammar :3
The reason why I love this way because I want my English improve day by day .
Okay , let’s me start my experienced involves in an interview for  Diploma in Landscape Architecture at UiTM Merbok .
First day , my beloved mother and I was took the ferry’s ticket and we waited for the ferry just for 15 minutes and announcements to leave already granted . We got Star City’s ferry as our water transport and we really enjoyed it and we also entertain the eyes with beautiful landscapes .
Finally , we had arrived at Kuala Kedah’s Jetty at 5 pm and quickly we took a taxi . I got a special long political story by the taxi driver . Yeah , I had focused about that history . Wawww really amazing !
Lastly , we were arrived at Taman Tunku Hosna at IPD Kota Setar :3 Waw , I saw Putri and her beloved ummi happy when they look at us .
We were check-in at their house . So cool and comfortable ! Next , we continued our plan when we went to Night Market at Taman Nuri . I was really excited because many people visited every single stalls that sold amazing and the latest fashion . Yeah ofcourse ! * I kaki shopping !
At night , I just made a last preparation for my ownself before interview tomorrow . I was memorised all the fact of architecture like favourite architecture in local/over seas and favourite building in local/over seas and a little bit fact about landscape.
I also has made training communicated in fact to improve my communition skills .
 Early in the morning , I pray to Allah that I be able to lead a good interview .
In 7:30 am , my aunt ( Mak Ndak Ana ) drove a car went to UiTM Merbok and sharp 8:30 am , Alhamdulillah we were arrived there and I was impressed that the campus so clean and nice looking . First , my mother and I found for ” Fakulti Seni Bina , Pembangunan dan Ukur ” and we were went at wrong faculty . We went to Faculty of Arts and Designs ! WHATTTT ?
We were rushingly found for the correct faculty and lastly yeah ! See ? Wawww , many interview candidates were waited at the corridor until the panel called their name and we must refered to the check list to know where the room placement test  .
My name at the Room 2 and the 12th candidates in the landscape architecture’s course .
Then , we were called by the panels and we were distributed with the paper drawing to the painting test .
Then , we were briefed by the panels for the first test session . They putted the block shapes like pyramids, round , square, rectangular and cylindrical . We must to sketch that blocks from our angle and perspective .
The test just for 1 hour . The interview candidates were started their drawing and good sketching .

                            After that , the panels announced ” Okayyyyy , the end ! ”

Dengan muka steady ajew Era bangun dari tempat then pergi kepada panel yang diarahkan untuk menghantar lukisan masing-masing . Pelbagai gelagat yang Era nampak . Ada yang cool aje , ada yang mula gelisah , ada yang curi – curi tengok hasil lukisan kawan ! HAHAHA
Masing-masing bawa karekter masing-masing . Actually , the guys yang minat Archi nie kebanyakkan smart smart belaka :3 * SERIUS TAK TIPU
yang perempuan pula penuh dengan karisma * NOT ME !
Then , we asked to wait at corridor for the next session ( INTERVIEW SESSION )
Kami dipecahkan mengikut course senibina yang berbeza . Era ditempatkan  bersama calon senibina landskap yang lain . Calon paling ramai sekali senibina bahagian pembangunan . Memang ramaiiiii :* 
Asyik Era berborak dengan seseorang calon senibina pembangunan , tiba-tiba terdengar nama Era dipanggil :] 
 
” NUR ERA SYAHIRAH BT IBRAHIM “
Era terus bergegas ke bilik sebelah . Untuk minta kepastian , Era tanya calon senibina landskap yang sedang tunggu giliran . 
” Panel panggil nama siapa tadi ? “
” Eraaaaa errr Era apa entah ?  ”  * dia tanya kawan dia  ! Kawan dia pun blurrr :*
 
” ASSALAMUALAIKUM “
 
” Nur Era Syahirah right ? “
 
” Yes . I am ! ” * muka senyum tetapi dalam hati , Allah sahaja yang tahu .
Era pun berilah segala sijil yang telah difailkan ! Then , duduk dengan rapinya sekali . Amboooi * PELAKON HEBAT KAU ERA . KAU ADO ?
Okay . Interviewer Era sangat cantik , baik hati dan sangat ramah . 
 
” Let’s introduce yourself ? “
Bismillahirahmanirrahim . Bermulalah Era berpumpang pumpang sana sini . Speaking babe tapi errrrr kalau hancus pun abaikan . Apa yang penting ? * CONFIDENT
Okayyyyy . ” Can you give me the reason why you choose architecture as your further study “
First and foremost , the reason why I choose Architecture as my bla bla bla bla bla . Then the second reason bla bla bla . and the third reasons is bla bla blaaaa
Masukkan fakta sedikit about Archi .
Then , she asked me ? ” How do you know about all the fact that you gave to me just now ? “
Bermulalah ceritanya pumpang pumpang pumpanggggg :*
1 . Research google  2 . Always asking the senior about this career  .
 
” What your opinion about our structure building in Malaysia ? “
 
Okay , soalan nie Era ada masukkan nama Hijjas Kasturi yang as my  favourite Archi in Malaysia . And his design , Menara Telekom ! Adore sangat dengan struktur bentuk bangunan Menara Telekom !
bla bla blaaa and blaaa
 
” Okay , that’s all Era . For me , I know you memang minat about this passion * sambil senyum “
Then , she send her regard to my mum . HEHE
 
Akhirnya , kami bersalaman ! * Alhamdulillah dah habes !
 
Seriusly , rasa macam tak percaya pula yang interview nie dah habes . Apa apa pun Alhamdulillah . Segalanya Era tawakkal akan keputusan yang akan dihebahkan nanti . Berharap sangat ada rezeki dan rakan-rakan yang lain pada hari itu juga turut serta berjaya . Amin
Then , after the end of the second session , my mother and I went straight to the Kuala Kedah’s Jetty ! My aunt sent us there .
Andddd , bye bye Alor Setar ! Langkawi we back home !
P/S : HOPE ENTRY KALI NIE DAPAT MENGGAMBARKAN KESELURUHAN PENGALAMAN SEMASA INTERVIEW DAN MOGA MOGA ANDA TERHIBUR . JUMPA ANDA DI LAIN ENTRY . SALAM SAYANG DARI SAYA :* DAN SORRY KALAU GRAMMAR TUNGGANG LANGGANG ! 😥

 


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry Era kali ini ♥

10 responses to “PENGALAMAN INTERVIEW COURSE ARCHITECTURE

  1. Izzah ⋅

    Hai . Can i ask a little bit bout interview . Really need your help 😉

  2. farid ⋅

    saya nk tanya.. knpe perlu bawak pensil warna semasa intERVIEW

  3. farid ⋅

    saya nk tanya.. knpe perlu bawak pensil warna semasa interview?

  4. Harith ⋅

    Assalamualikum,,calon di interview sorang2 atau dlm kumpulan?

  5. Mazz ⋅

    Ada x kt sini yg dh tamat belajar arkitek uitm ni. Brg2 agak mahal x yer.. Then ada x yg nk jual 2nd ..drawing ke..buku2 ker. Tqsm

Leave a reply to helmi0169816087 Cancel reply